Monday, July 10, 2017

Cameron lagi

OK jangan muntah terbelahak yer, ni dah berapa juta kali duk pi cameron sesaja. Gamaknya tak tau nak pi mana lagi dah, lagian cuti pon tak banyak, kot kalau boleh cuti dua tiga minggu boleh la pi yurop, di takat cuti 2hari je, kemana saja la pon buleh pi, so zas kan cameron sahaja.


minom air sirap org kawen je

Semangat pagi pagi dah gerak pi mapley makan roti teloq dulu, pastu stret masok haiwei hala utara, benti kat tapah nak makan lunch, ada patin poyak, tapi cam cair la pulak, some more lauk pauk di cedok oleh penjual, i is kenot makan banjir banjir centu, so makan mana mampu sahaja, patin dia so so takde la keji sangat takde la sedap sangat.


Pastu ternampak baskin robin, cakap ngan kemal singgah jap, yer cameron nya tak sampai lagi tapi sepanjang perjalanan dah asyik benti makan je, bukan apa terpandang perisa popcorn ni haa. sbb sebelum pernah baham, pastu tak pernah nmpk dah, pastu ni cam eh ada balik, so tunggu apa lagi kan, satu lagi demi nak merasai perisa popcorn tu, gigih tak mo ada sebarang topping. baru buleh merasa pada tahap maksima.

Dah makan separuh baru tingat nak amek gamba

Pastu lam kul 130 centu kot dah sampai cameron, duk Nova, hotel ia cantek, dan paling best banyak kedai kat bawah hotel ni, ada teh tarik place la, watson la, 7e la bagai, so sangat convinience, takde la ko hegeh hegeh nak drive kluar smata nak beli rokok sekotak. tekan lip dah sampai.





Gayat hoi, tinggi 



Pastu dah cek in, letak bag segala, pi la ngeteh, takkan nk duduk cam batu lam tu kan, makan roti tisu la pula kat teh tarik place. 

macam topi birthday party

Pastu pi makan malam kat tanah rata, sedap juga masakan ia.


Pastu pagi esoknya pi Boh Sungai Palas nak bekpes, kali ketiga ke sini sudahnya.



mata cam bengkak sbb kene senget lebah dalam perjalan menuruni bukit ini, tak tipu je

gambar ni di ambil untuk tujuan rujukan nak sketch nanti



Pastu jenjalan kat Kea Farm, oh tempat yang gegantung tanglong ni masuk berbayar sudahnya.


Pastu lam tu ada kedai makan, sedap la haih ketiau ia.


Pastu malam  pi makan satey. ekceli tak malam sangat pon, pepetang di remang senja gitu, sbb apa makan satey? sbb malam sebelum tu tak dapat makan kedai acik ni ramai benar.




Pastu sebelum balik, singgah bekpes kat cameron barat dulu, pastu singgah bangsar hantar keledek ngan jangung kat makcik gue lalu terus balik sendayan, berehat sepuasnya.

OK dah tu je

Haa mampu taip pendek pendek je, nak cepat habis je kan.

farid kata: nak pegi yurop nak pegi yurop

Friday, June 30, 2017

Berhari raya dan selamat hari jadi

Hei hei, tetiba cam smangat update cerita raya pula. walhal nak taip dua tiga patah perkataan je pon. Cam biasa raya tak PD saja, first raya pagi gue ke masjid dengan mak apak gue, pastu balik umah salam salam ngan adik bradik, bergambar sedas dua. Pastu makan makan, pastu kene balik klang, kampung apak gue, slalu kalau balik klang raya kedua, tapi ini kali kene balik first raya pula, tapi okay lah jua sbb raya kedua nnt tak yah pepening pikir nak jalan.

Inilah kelorga saya

Atok dan anak dan cucu lelakinya

Team power rangers

Awatlah kwan amek gambar hidung centu pula

Dari kiri, uda, tasha, ateh, iji dan baby barunya dan adik

Pastu dari klang (dimana gambar tidak diambil walau sekeping pon sbb sibuk menahan napsu makan) pegi ke Jln Ipoh pula umah ateh, kebetulan uda pon ada situ, so sampai dah petang makan makan dan melawat Iji dan baby ia, dan balik lah kami. Oh gue satu kereta ngan adik pompuan gue sahaja.yang lain naik kereta memasing.

Happy sbb sushi king tak ramai orang, boleh makan aman dan damai

Masok raya kedua pula di sebabkan rumah rumah wajib dilawati sudah settle, gue berjalan jalan lah ke mall dengan adik, Dan kebetulan hari jadi beliau, so pi beli belah dan makan makan. Sorrylah dik takde kek aku nak beli, sbb pikir nak ngabiskan dua orang cam tak mampu je, so kita makan je la sushi sahaja. Raya ketiga gue udah pulang ke Sendayan, untuk beristirehat kekdahnya. 

farid kata: Disini gue ingin ngucapkan slamat hari raya pada yg mengenali dan sudi membaca blog sekangkang kera gue ini, gue mohon maaf jika ada terlanjur kata, terlanjur taip, termaki, tercarut dengan penulisan rempit gue ini. Dan untuk adik prempuan gue, selamat hari jadi dik, moga dimurahkan direzeki dan happy happy slalu yaw. Oh tak lupa slamat hari jadi juga pada kak farah yang sambut hari jadi pada hari yang sama ngan adik pompuan gue ini dan nok gemok dan kak banun pada 27 jun, moga korang di panjangkan usia dan dimurahkan rezeki.

Monday, June 19, 2017

Sketching demi mencari sesuap bubur ayam Mc D

Hai bertemu lagi dalam rancangan "blog ini tak berupdate sejak tahun gajah". Pada tahun kancil ini, saya ingin membawa anda smua untuk melihat lihat dan berfikiran tentang smua sketch saya. Jika kamu berminat, anda boleh la berhubung dengan saya, pm kat fb saja lah atau boleh la tinggaikan saja pertanyaan anda di ruangan komen. 

Sebarang harga dan detail lukisan bisa di bincang. Usah bimbang usah khuatir, saya akan memberikan harga kasih sayang upama mak mertua sayangkan menantu pilihannya. 

Dilukis untuk Kak Bal

Dalam dilema pilih kaler, oh ini adalah Laufas, Iceland. Ada kata bikin corak tudung pon cantek, satu keje abang nk bisnes tudung plak pasnih lol

Percubaan kali kedua sketch atas kertas hitam

sudah di hantar pada pelanggan, harga tiptop




Notredame, Saigon

percubaan kali pertama ataih kertas hitam

Hadiah tuk kak nana

Hadiah harijadi norin



hadiah birthday Puan suli






Oh selain sketching building, saya juga boleh la doodle sesikit. 
jadi tunggu apa lagi, marilah ramai ramai menempah.
cheeewwaahhhh

Farid kata: sudahnya ko takde idea kan farid nak update, ujung ujung ko iklan je la binsis kecil kecilan ko ni kan

Monday, March 20, 2017

Fraser secara ekspress


Gambar takde kene mengene ngan fraser

Beberapa minggu yang lepas, sudah pakat pakat ngan kengkawan nak pi fraser, tujuan? takde tujuan rasmi, hanya nak lepak lepak sahaja. So nk menjelang tengahari kami yakni gue ngan kemal pungut badin kat pwtc lalu jumpa fizi di opis dan terus ke tesco rawang berjumpa nok gemok disana.

kedai mamak lunch tak sedap, tapi kene telan jugak, kang kalau skip lunch nnt pepening pula

Dan disebabkan dah menjelang tgh ari rembang, pi mamak dulu pastu makan lunch, lalu masuk ke dalam tesco beli barang nak bbq. So dah huru hara dalam tesco, boleh lah bergerak ke Fraser. Oh lupa, gue, kemal ngan badin satu kete, fizi satu kete sensorang sbb dia nak balik awai esoknya dan nok gemok mengada nak naik moto. Tak kisah lu orang naik apa, janji sampai kedestinasi dengan selamat.

tu yang telentang tu bukan sbb penat sangat ke apa pon

Pastu leh ter-iklan sat kat empangan kuala kubu, pos pos duduk kat wakaf dulu merokok sebatang dua, bercerita itu ini, lalu sambung perjalanan yang beronak dan berliku. Cuaca adalah elok cerah dan tenang. walaupun bahang lah juga ketika itu.

Menunggu teh tarik tak kunjung tiba

Pastu dah check in segala, pastu perap ikan ayam segala (nok gemok yang rajin buat). pastu pakat nak jenjalan, yer fraser bukan besar mana pon, ko nk jalan duk pusing tang tu je la. pastu singgah minum, oh kebetulan ada event bird race ke apa ntah, maka berteraburan lah umat manusia segenap pelosok fraser, manakan ngan teropong lah, dengan camera berlense gajah lah bagai.

Badin duk peratikan nok gemok, pastu apa ntah dia buat, abis api menjulang tinggi

Pastu dah nak dekat maghrib, kene lah nyala api, kang kalau tak nyala mau sampai tgh malam baru dapat makan. Sila ikuti gambarajah yang disediakan:-

Nak bakar ikan atau nak bakar rumah oi?!

Nok gemok tinggalkan tmpt kejadian lalu nk pi mandi, mereka bertiga incas, rentung ayam jadinya

Kemal merasmi kan dulu

Makasih pada pizi sbb gigih pi beli kek, kemal menyambut harijadi nya yang ke 18


Memakan sarapan pagi dengan kesedihan

Demikian lah cerita ke fraser yang ekspress dan pantas. next time kita pi cameron pula lah yer, tak pon pi kepulauan ke. ok bye

Farid kata: Jangan jadi fire stone when people start to hate each other, not good for our health.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis