Friday, October 29, 2010

Satu minggu yang huru hara

Dah nak dekat seminggu aku tak update blog. Aterr memula bukak kemain berkobar kobar kayak genderang mau perang, ujung ujung aku kecapekkan. Dah nak buat camna, Senin aku kat opis, dari slasa membawak ke jemaat aku di Mandarin Oriental sana. Semua gara gara event yang bertajuk Global Islamic Finance Porum katanya.

So sebilanya dapat nak ngadap laptop bagai kan. Ni pun aku bantai naip sbelom pi keje. Sempat je kut. Ari ni aku adalah berhapday. Mau ke Pangkor sana. And this is my first vacation after tut tut tut tit tot tot *ayat ditapis demi keamanan sejagat.

Dah lama rasanya tak bercuti, ater weekend semedang berperancangan je. Syukur alhamdulillah keadaan smua adalah bertambah teratur. Lepas raya itu hari, hidup aku adalah tunggang langgang. Perang emosi katanya. Jangan ujung ujung ko gila sudahla ek. Tapi syukur aku tak sampai tahap gitu lagi. Amin (bukan jiran kak tin)

Haa mai dekat sikit, mau share cerita pasal minggu ni. Ada satu hari tu, aku balik naik tren, from klcc la kekdahnya. Pastu mmg kusyuk dgr lagu. Sumbat earfon then pasang lagu kekuat *jahanam la tlinga ko. Pastu dah beli tiket aku pun feel feel cam pelik la konon, ni dah pukul 630 tapi org masih meramai naik tren kenapalah pulak. Tapi cam biasa la kan, katanya kolumpo mananya pernah lengang. Bila dah lepas dua tiga stesen sekali baru aku pasan aku dah salah naik tren. hah camna leh salah nih. Akibat berangan punya pasal aku trus turun kat damai then trus lagi ke tren yang sepatutnya. Kembali ke jalan yang benar la gamaknya. Ikhtibar yang dipelajari, jangan ko berangan naik tren, buruk padahnya.

Satu lagi story yang nak diketengah di sini. Satu pagi yang hening, aku ke MO naik tren la, turun kat klcc, then singgah kedai roti mau beli sandwich. Hotel bagi breakfast kul 10, mau naik hantu menunggu nya, maka berikhtiar la aku sendirian. Then dah capai sandwich telor, trus beratur bayar, barisan adalah panjang menjela. Cam $@#$@#%. so ngan muka sebal aku bratur je la. Dah settle buat pembayaran, aku cek fon dapat msg "ENJOY UR SANDWICH" ayok siapakah? nama tak appear. Automatic feel feel madonna, ada stalker. aku duk kaver la tak mo toleh kiri kanan buat buat muka slamba. Then aku truskan perjalanan. Dapat lagi msg "AND ENJOY UR LIFE, HAVE A GOOD DAY" mampos, ni dah macam hapa je. Sesampai je kat MO, trus aku dial that number, tapi tak berjawab. Dua kali try, dan tak berjaya, lantak kan sana. Tak kuasa dah aku nak melayan. Moral of the story, lenkali jalan pandang kiri kanan, jangan ko nak feel feel artis ngetop kan jalan ala muka blagak. Dan kalau ko jumpa org yang ko kenal, tak yah la nak hantar msg msg misteri kayak gitu, cam tehapa aku rasa.

Dah tu je, aku dah kelewatan mau ke MO. Apa apa pun makasih sbb sudi baca n3 yang panjang meleret nih. Aku tak sempat nak sumbat pics, so pepandai la korang bayangkan sendiri tentang semua situasi di atas. Pangkor here we come.

Monday, October 25, 2010

Masa untuk pulang


Setelah berhempas pulas berjalan hingga ke subuh, bangun pepagi pi bekpes di tingkat 7, then naik bersiap utk piulang. semua pun adalah cam kemalasan mau pulang, melainkan sally yang berkobar kobar bagai nak gila mau pulang. hemm sesuatu disitu.


*Geng beg merah*


*apa apa je la keje korang berdua ni kan*

Sbelom pulang, takkan nak trus balik kan, pasti ada twist nya, gituu. Man sudah up idea mau jalan sampai membeli belah (tapi tujuan asal dia mau membeli bangsi hikmat). Lokasi yang dituju adalah apa kenama tempat tu, aku tak pasti, tapi letaknya berhadapan muzium kapal. (tetiba tingat pasal muzium kapal, ahh criter lama tu, teet tekan button erase) Kat sini ada dua tingkat kedai yang ko leh dapatkan segala mak nenek punya cenderamata dari bangsi hikmat membawak ke belacan.



*Dah masok lapan belas kali repeat kedai ni, ko tgk betapa kereknya riak wajah apek tu* 

Kalau korang pasan, man tgh meleka membelek sambil membeda kan rege bangsi hikmat itu. Sally pula tak abis abis ngan keris kecik kemetotnya dan nok plak tak sudah berfikiran pasal keychain untuk anak buahnya. Dan aku mmg tak ada apa nak pikir, snap je la pics selarat mana yang mampu. Dah tawaf sampai dua kali sib baik mereka mereka ini membeli segala barangan idaman. Kalau idak harus aku amukkan tempat berkenaan. Penat dowh jalan lam tu. Berpeluh celah bedah segala.



Man dengan sukarela ingin menjadi paparazi la kononnya. Lantakkan sana, janji jangan ko amek pics yang tak senonoh sudahla. Selepas settle kat mlaka, kami pulang ke PD dulu untuk menghantar sally ke pangkuan kelorganya, dan sebelom itu nok sudah ngidam mau makan cendol, ada je kan maunya korang ni. Makanya singgah la di Soil Mosque (masjid tanah dalam bahasa melayunya). Koling koling cik mok tanya lokasi sbenar then sampai la kami. Tapi sayangnya aku tak snap sekeping pun gambo, aterr dah teleyo tgk cendol, harus aku campak tepi smuanya. Mee rebus berduet bersama cendol, terbaek deh.


Maka berakhirlah episod mencari anak kambing nani rete karun yang cam tak berkesudahan. Ni di sebabkan aku dah lama tak menulis makanya rajin la aku nak hurai satu satu, esok lusa agak agak aku dah muak, mau aku sumbat smua lam satu entri. Apa apa pun aku dah siap update dengan jayanya *clap clap clap untuk diri sendiri

Ps: Now aku beraksi dengan sebebasnya, tiada kekangan mahupun halangan. Kerana tiada kongkongan lagi dalam hidup aku. Makasih. Syukur alhamdulillah life become better now.       ^ _^

Asam Pedas melethop lethop di tengah malam



Haaa kan aku dah habaq, cerita ni takkan abis gitu je kan. Pas dah makan free, nok sudah up mau makan asam pedas plak. Sesemua cam kekenyangan, nok plak katanya nak makan asam pedas tanpa nasik, kononnya la. Pas dinner naik bilik grab kunci kereta, tukar suar pendek then zasss ke kedai asam pedas berhampiran. Aku dah ke kedai ni empat kali rasanya. Dulu first time pi ngan nok ngan asha. Then ada gak pi ngan ikin ngan zerul tapi masa tu petang, kedai lom bukak uolls, makanya bertapa je la lam kete till kedai bukak.


 *kekonon tak mo nasik, tapi ko tgk dia balon nasik sampai licin gak kan*

Aku dah set lam mind mau asam pedas daging tetel, tapi kehabisan, aterr dah kul doblas uolls, celah bedah mananya nak dicakarkan asam pedas tetel berkenaan. Jadi aku, man ngan sally up ikan pari la, nok ikan apa ntah. Haaa memasing makan ngan lahapnya, licin la. Walaupon dah kekenyangan kononnya. As usual asam pedas di hidangkan bersama sayur kobis dan juga telaur masin. Nyum nyum

 *muka hepi walau dah masuk subuh*

Da settle makan makan, kami ke Dataran Pahlawan plak, Kat sana ada jual jual like uptown la, tapi tak membeli apa pon, since aku slalu je kesana ngan adik aku. Terjumpa ida ngan fin disana. Sibuk membeli belah kekdahnya. Haa kat area menara taming sari sana ada gak bebudak remeja duk nayangkan kete, more like sound system. Disebabkan aku ni yang dah kertu harus la kurang berkenan dengan acara sebegitu. Jalan jalan je sambil telinga bingit duk dgr lagu yang bercampur baur.



Dah penat berjalan, nok sudah request mau pose pose tepi sungai. Ekceli hotel kami mmg tepi sungai, dekat je la. So bergambar lah mereka bertiga dengan pelbagai aksi.

 *Cam pepoyo je mamat berdua nih*




So dah hampir masuk subuh gajah, baru memasing reti nak balik bilik tido. Sambung laie

Sunday, October 24, 2010

Bermakan malam dengan kecewa

*disebabkan aku paling tinggi makanya asik aku je la yang snap gambar kan*

Selepas mandi dlm bath tub yang penuh ngan buih buih sambil menyelam nyelam, pastu pakai bedak banyak banyak, kami pun bersedia untuk ke makan malam yang dia adakan di tingkat 7 hotel berkenaan. Bilik kami adalah di tingkat 20 yer kawan kawan.




Sesampai disana kami adalah antara yang terawal, aterr janji org melayu kan, mananya pon pernah awal. so duduk la pose pose muka sedih di meja makan. Berbagai bagai aksi dipertonjolkan, ada yang pakai kostum sang kancil, arnab, kekura dan tak kurang memakai baju melayu hitam disamping topeng shah rukh khan. Tema nya adalah Melaka Bersejarah, so sila la korang kaitkan sendiri segala kancil, arnab ngan kekura tu ngan sejarah melaka yer.






Setiap tetamu di hadiahkan ngan bekas nyonya yang kecil molek ni, dalamnya ada gegula balak ngan dodol. Asal usul nama gegula balak tu sila rujuk pada man yer, sbb dia yang duk kompang pasal gegula tu.




Makanan lah sangat tak sedap. wah selamba ko kan, org dah bg makan free ko lahap je la kan. Boleh lak ko bantai komen komen bagai segala. Ampunkan kami penunggu gua.


Ni namanya shark fin misteri sbb rasa nya adalah masam dan pedas. Ada ke pon shark fin kayak gitu? Bak kata norin, "shark fin asam pedas"


Peserta TH sedang dilauk oleh mc yang tehapa itu. Aku tak ambil gambar proper sbb aku dah tak koser nak bangun. Penyanyi yg disediakan pon adalah menggatal miang and very bitch u know. Eh kami duduk semeja ngan norin, sharul, ikhwan dan ryna. Mereka berpakaian berkonsepkan zaman kolonial. aku rasa la kihkih. dan mereka tercalon utk pakain kumpalan terbaik, tapi malangnya tak menang sbb meja aku je duk sorak bagai nak gila. tak pe ek korang cuba lagi tahun depan, aku mai bawak kompang, pasti menang.


*muka memasing tak leh blah hahahah sbb tak menang.*

Selepas berhempas pulas mendengar jawapan, dan ujung ujung grup kami tak menang pon, huhuhu tak pe tahun depan cuba lagi ya. Apa yang penting adalah semangat kesukanan yang tinggi melangit. Criter ni tak abis disini sahaja, pas dah makan free, ada plak idea nak pi makan lagi. Gila kan, ok nexttt.............



Pencarian hampir hampir nak abis


Stelah berhempas pulas mencari jawapan yang tak berapa nak tepat tu, kami pun tiba di Renaincense <- betul ke aku eja nih?! baloon. Tak smua soklan pun dapat di jawab, tiga soklan terakhir beserta satu gambar tidak dapat dijawab kerna kesuntukkan masa. Kan aku dah kata pasti tak cukup masa punya sbb banyak ngabis masa kat satu tempat terlalu lama. Jadi smua sebulat suara mau trus ke checkpoint terakhir diskola menengah hapa ke nama nya. dari situ kami diberi satu lagi tulip utk ke hotel piula.
 

Pas amek kunci trus pose pose kat lobi merehat kan minda. Tapi kami disajikan ngan air oren sajok, tanpa makan makan. Padan ngan muka, perot dah lapar tahap beruang matahari. So brother di lobi tu sudah gitau katanya ada kedai mamak berhampiran. maka sepantas kilat bersama beg beg yang byk trus zas ke kedai mamak.



Hidangan harus la nasik goreng, atterr kata dah lapar tahap beruang kan. Yang lain pun makan nasik gak, kecoli nok, yang feel feel ramping hanya makan roti canai yang di order tapi tak kesampaian, ujung ujung rembat nasik grg aku gak.

 *Makan sambil berbincang strategi tahun depan*


 *Cari benda tersembunyi, ianya org berupa paras segedek beruang remeja*



Dah cek in, online barang seminit dua ngan broadband yang ala suam suam kuku. Pastu gosok baju then mandi then siap la ke dinner dengan perasaan keyakinan yang tinggi tahap melampau utk menang *tapi bukan aku la berperasaan begitu yer.

ok sambung *matik la hari ahad datang opis sesambil update blog kehkehkeh

Friday, October 22, 2010

kesinambungan memburu rete karun

*Hah senyum puas puas, muka aku sebesar gajah liar*


Ok sambung laie, sebagaimana tradisi sbelom ini, smua adalah pose pose kat kereta sbelom di lepaskan. So berbagai bagai aksi dipamerkan. Mana yang dah sibuk belek soklan pon ada, mana baru nak tampal pelekat pun ada, mana yang dah mula berbincang tentang strategi bagai segala. Smua ada, dan ada juga yang kesibukkan nak tukar suar dari suar panjang ke sluar pendek pon tidak ketinggalan *man toba punya hal. So aku sorang je yang menutup aurat di hari kejadian kekeke


*aku rasa senyum ku adalah palsu belaka*




*man dengan bangga menayangkan keting dia yang kerap dijadikan bahan jenaka suatu ketika dulu*

Gambar di atas di ambil di Bangi sana, di deretan kedai yang jauhnya bermahalah halah. Tujuan soklan mmg mau mengelirukan pihak lawan. Pihak penganjur takkan bg ko soklan seketol ketol begitu, makanya ko kene lebih bijak dari sang kancil. Knowing group aku yang banyak marhaban meraban, harus bergelak ketawa sesaja. Kalau stress pun kejap je, pastu gelak balik cam org gila.




Cuba korang bayangkan jikalau kedai ni adalah antara kemungkinan jawapannya, tak ke ko rasa keji hina dina nak dapat jawapan kayak gini? Bila dah dapat jawapan yang betul, tapi boleh plak jadi salah sbb ko tak tulis jawapan yang penuh. Contoh paling bijak adalah jawapan yang diperolehi ada ICE ROOM, tapi disqualified kerana jawapan sbenar adalah "RESTORAN ICE ROOM" tak ke gila namanya tu?! so disebabkan diri sudah dihanjengkan dengan soklan soklan begini, aku pose pose lam kete je, nok bertukar tempat ngan aku. Tapi aku still la navigatornya.

ok sambung laie.....

Mari memburu harta karun 2010

Seperti sedia maklum, bank akan membuat pertandingan memburu rete karun. Last year aku menjoin bersama kak ya dan cik z. Tapi tahun ni ngan nok n the team yang terdiri dari man ngan sally. Nok bertindak sbg pemandu, aku sbg juru arah dan man ngan sally is a passenger yakni pencari jawaban.

*diserikan ngan muka nok yang hepi dapat makanan tak ketinggalan sally juga*

Sebelom acara dimulakan, smua peserta di sumbat ngan makanan sekoyong koyongnya. Lepas makan, ada brieffing pastu siap berikrar bagai kene jadik pengguna jalan raya yang berhemah bagai. Kira kalau ko langgar ikrar jadi pemandu lanun, ko bakalin disambar petir guruh bagai segala. Smua pon adalah berkobar kobar upama mau pergi bertempur. eh lupa, pada masa berkenaan juga diedarkan tulip yakni peta dan kertas soklan juga sesi bergambar secara beramai ramai. *pls jangan berangan ko paling melethop diantara beratus org itu, kerna dalam gambar berkenaan ko akan bersaiz kerengge remaja sahaja.


*Muka smua sonok dan ceria je kan, ko tunggu di akhir rancangan nanti gimana ghomannya*

Slepas acara melepaskan peserta maka bermula cabaran dari KL membawak ke mlaka, tapi harus ko ingat yer, ikut jalan lama, aterr kalau ikut highway, celah mana nya nak kuar jawaban. tempoh masa yang diberikan adalah 7 jam, less sejam dari tahun lepas yang melibatkan perjalanan dari KL ke Terengganu sana. jangan ko ingat 7 jam tu lama yer sbb ujung ujung kami tetap gelabah org utan gak disebabkan tak cukup masa. Perjalanan adalah smooth dan lancar, cuma panas terik yang melampau. Nak terpingsan pon ada. Bak kata si balan "ko ni farikh dari td aku tgk minum la, makan asikrim la, makan roti la, bila kau mau cari jawapan?" eh suka aku la, dah aku lapar, aku mlantak ikut suka hatik perut aku la. Tp mmg betul pun, ada satu kawasan aku rasa area bangi kut, kedai kat situ mmg panjang berjela, aku ngan sally bantai kluar masuk kedai roti. aterr dah waktu makan tgh ari kan.

*pak supir yang beria ia nak jugak carik jawaban*


*Muka adalah ketat di sebabkan panas menerik*

Soklan smua adalah susah susah smuanya,(Smua berunsurkan konsep iActed, hah baru skarang ko nak nyesal sbb tak amek tau apa iu iActed kan, cis pegi ko main sambil makan roti disana) mananya ngan gambar, mananya ngan tresure, pening dowh, ujung ujung sally buat gambar, nok ngan man bikin jawapan, aku terkial nak pikir pasal treasure. Sian deh lo. Udah la smua kedaung bahasa inggeris, soklannya lam bahsa inggeris lak tu. Cam haremmm. Ada yang mencari word tapi tak de lam kamus, harus la mengundang kehanjengan disitu, mana plak datang word berkenaan jikalau tiada dalam kamus. Sila terangkan pada saya.

dah penat taip. ok bersambung..

Sunday, October 3, 2010

New Edition


Namanya ikhwan, skarang sudah besar. Sudah ada gigi dan awas ada kemungkinan kene gigit. Sudah menyiarap dengan tahap kelajuan kekura dewasa. Laju. Pantang nampak bendalah berkonsepkan butang like enpon, laptop dan remote control, pasti terkinja kinja mau memdapatkan nya.

Kes terbaru adalah tidak boleh menaiki kereta, kerna tetiba menngamok dan tidak boleh di pakaikan tali pinggang. Kalau mau tido juga asik mau berdokong kekdahnya.

Ps: tak pe la, janji membesar ngan sihat yer ikhwan. Sekian

Saturday, October 2, 2010

First thing first

2NE1 - Go Away



 Don't worry about me and go away

I'll disappear, no strings attached

You thought I'd hang onto you

It's disgusting, don't misunderstand


I'll meet someone so much better

I'll make you regret it all

Sadness is only for now, boy

Cause love is over

Love, love is over tonight

Ps: Back on track *again


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis