Monday, January 31, 2011

Segmen Mari Menonton: Menyaksikan cerita hantu secara percuma


Khamis malam jumaat yang lepas aku dan maya di undang oleh kak tin untuk menonton Khurarat. *ceh poyo gila ayat. Sbenar benarnya kak tin sudah dapat tiket free dari kawannya yang berkerjaya di salah sebuah akhbar tempatan (amek ko ayat tak leh blah).

So selesai nya tugasan di pejabat kesayangan memasing, aku dan maya bergerak gerak khas menuju ke rumah kak tin untuk memungut beliau selepas beliau menghantar pranita beliau yakni anak anak beliau ke rumahnya. Panjang gila ayat without any noktah. Ko mampu? Sesampai di Mid, trus tuju ke Mcd, makan malam ditaja juga oleh kak tin yang bermurah hati.

Usai menunggu kawan kaktin bersama suaminya, kami pon masok lah panggong. *detail kan cerita aku. So aku tak akan tulis panjang lebar sinopsis cerita ini, disebabkan korang dan korang smua pasti dah menonton cerita ini. Jika belum sila pegi tonton. Cuma mahu memberi beberapa komen sahaja, now u like pengkritik filem tersohor pula.

Secara peribadinya, hantu hantu yang dipaparkan dalam cerita ini, adalah suam suam kuku *wah riak sungguh ko kan farid. Kira seram seram juga lah kerna muncul nya secara mengejut. Cuma cam ada adegan adegan cam kurang logik, upama, si sabrina tu yang telah meninggal dunia dan disumbat didalam peti simpanan mayat, dan aku tak paham kenapa si samsul pi bantai bukak plak peti simpanan mayat tu balik walhal ko boleh je berambus balik tanpa diselubungi dgn niat niat misteri kayak gitu. Ok kalau buat ikut logik, tak jadik plak cerita seram gini kan. Satu lagi adegan si sabrina tu tusuk tusuk pehanya ngan pisau, ngeri oi. Terasa rasa sakitnya *walaupon ianya hanyalah lakonan.

Dan part yang terbaik adalah bilamana samsul mengflash back balik apa yang beliau telah lakukan untuk memastikan si sabrina jatuh hati cinta mati sama beliau. Sedih pun ada, terkejut pun ada. Tak sangka la semua itu berpunca dari beliau yakni si samsul usop itu. Ok enough with the story, konklusi nya cerita berkenaan adalah berbaloi untuk di tonton, walaupun secara peribadi aku kurang berminat dengan cerita cerita seram tambahan cerita seram itu adalah cerita melayu. Dan paling tak leh blah kak tin tgk cerita seram tapi berkekek ketawa, motip ko ketawa kak?

Maka selesai menonton, maya mengdrop memasing dikediaman memasing. Dan disini saya ingin mengucapkan jutaan (bukan ribuan yer) pada kak tin kerana memberi kesempatan ini utk menonton cerita ini secara percuma dan tak dilupa kawan kak tin juga (kalau ada tiket free habaq mai la kak ek) dan maya kerna bersusah payah mengambil dan menghantar kami smua.

Pesanan si pengkritik filem: Pengajaran yang dipelajari, jangan la membomohi sesama manusia, dosa besar bila menyekutu kan Allah swt. Tak kisah la nak bomoh org ketika mengurat atau pun membomohi isteri atau suami sendiri. Not good!! not good!!

Sunday, January 30, 2011

Gaul punya kemusykilan

Tetiba terasa hati membaca artikel ini bila mana suatu ketika dahulu aku pernah dilabel sebagai anti sosial. :p


Pergaulan Menurut Islam
Soalan:
 
Bagaimanakah sebenarnya pergaulan antara lelaki dan perempuan menurut pandangan Islam. Saya bertanya kerana saya jarang menegur perempuan kecuali pada hal yang penting sahaja. Walau bagaimanapun, saya dikatakan sombong oleh kaum perempuan di tempat saya tinggal dan universiti saya. Saya harap Tuan dapat jelaskan dengan terang?
Najeb, Kajang
Jawapan: 
    Islam tidak membenarkan apa jua bentuk hubungan antara lelaki dan perempuan bagi mengelakkan fitnah dan menjauhi zina. Kecuali dalam keadaan darurat sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh imam muslim di mana Rasullullah SAW membenarkan orang perempuan pergi ke medan perang bagi menolong merawat pesakit-pesakit dan menyediakan minuman.
    Dalam suasana kebebasan yang ada pada hari ini setiap individu muslim harus menyedari batas-batas pergaulan agar terhindar dari perkara terkutuk sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Isra' ayat ke 32 yang bermaksud: " Dan janganlah kamu mendekati zina ".
      Perbuatan anda membatasi pergaulan dengan wanita adalah sangat elok untuk menjaga diri sendiri, dan anda harus mempertahan prinsip tersebut tanpa memperdulikan kata-kata orang lain. Namun anda juga perlu bergaul dengan ramah dalam keadaan-keadaan tertentu yang tidak menimbulkan fitnah seperti dalam dewan kuliah dan sebagainya agar anda tidak dianggap sombong dan memencilkan diri dari teman-teman kerana desakan hidup pada masa ini memerlukan kita bergaul dengan semua lapisan masyarakat. 

Tak kisah la nak label org saiko ke, mental problem ke, simbol sex ke (pamela anderson konon), yang penting kita harus sedar keadaan diri kita sendiri. Konon sangatkan ayat aku. Ok stop it.


Pesanan dari saya yang tak seberapa ini: Walaupon hidup dalam dunia serba moden, tak semestinya semua nya ikut berubah. Hukum tetap sama tanpa sebarang perubahan. *Sambil betulkan serban.

Friday, January 28, 2011

Pabila rambut aku menjadi isu

Pagi:
(Huru hara bersiap sebab dah lambat)

Makcik aku : kenapa rambut ko cam lain je yit?
Aku             : err yang depan dah panjang, ari tu gunting tepi je
Makcik aku : slalu terpacak pacak
Aku             : Bila dah panjang dia jadi berat, jadi tak leh pacak pacak
(Trus bangun tgk cermin, nampak nerdy gila) *sigh

Tgh Hari:
(Tgh high layan betik)

Akak di opis : hamboi rambut ko dik
Aku              : Err err kenapa?, Bagi salam dulu sbelom terjah boleh tak?
Akak di opis : kemain menyerlah kalernya
Aku              : Rambut aku kusut masai kak, esok aku pakai tudung

Petang:
(dalam lif, tetiba berhenti ditingkat dua dan bos aku lak muncul, nahas nih)

Bos aku : Wah wah kemain lagi rambut kamu yer farid
Aku       : Err err err *tergagap gagap
Bos aku : kaler apa ni? Apa nama kalernya?
Aku       : Milk brown tea
Bos aku : Apa?
Aku       : Kaler teh susu coklat *kekwat*
Bos aku : oooo menarik jugak kalernya (sambil berlalu pergi)
Aku       : Trus sujud syukur kat depan pintu opis gak

Petang (nak balik):

Tgh jalan nak balik, sambil mulut kumat kamit miming lagu Raffi Ahmad- jangan bilang tidak
Tetiba kene tahan ngan security (cam kat airport)

Security: eh farid sini jap
Aku      : Kenapa? Dah nak balik oi
Security: Kejap la, Ko pakai kaler jenama apa ni? *sambil tunjuk kepala aku
Aku      : Mana la aku ingat, lupa dah
Security: Senin ko bawak la kotak dia, aku nak tgk
Aku      : Kalau aku tak hilang ingatan, aku bawak la
Security: jangan lupa lak
Aku      : pepelik la ko ni
Security: Bawak ek
Aku      : *sambung miming lagu jangan bilang tidak, sambil berlalu pergi

Kesimpulan nya, bila aku kemaskan rambut aku rapi rapi tak de siapa nak tegur, tapi bila kusut sikit trus menjadi isu. Kehidupan ini sangat kejam pada saya.

Ps: Kalau kita jodoh, kita pasti ketemu

Monday, January 24, 2011

Bukan kursus kawen mahupun bukan kursus memandu

Assalammualaikum smua *sambil betulkan serban. Yer dah makan minggu aku tak update. Last week bersamaan hari khamis aku ke JB, tu nanti aku bikin n3 lain la. Now ari isnin aku ada kursus dia Marriot la kononnya, pasal apa aku kata konon? sbb masa memula dapat offer email trainning ni wah kemain tulis "JW Marriot" pasti korang rasa gempaq maut kan? smua tipu belaka.

Ujung ujung bila tiba hari kejadian dapat email, hanyalah di Ritz Carlton. Sampai gitu nak nipu kan. Apa apa je la labu. Hah kusus ni berkaitan admin dan bukan kursus kawen mahupun kursus memandu. Aku tak leh la crita in detail pasal training nih, sbb baru stengah jalan. Ada sehari lagi nak hadap. Apa punya azab daaa.

Speakernya? So so je la, nak kata happening sangat tu tak de la. Nak kata boring sangat pon tak de la. Tapi nasib baik aku sudah mendapatkan tidur yang secukupnya. Maka tiada rasa mengantuk lagi.

So esok ada public speaking, ko kene bantai bercakap paling kurang tiga minit dan lebih mencabar kene speakang (cakap dalam bahasa Inggeris) Apa relatednya ngan admin pun aku tak tau, sbb lam modulue tak de plak disentuh pasal bahasa inggeris mahupun bahasa jawa apatah lagi bahasa korea. Tgk la apa aku nak goreng esok hahaha wish me luck

Ps: Sampai bila mimpi aku tak de dia pon aku tak tau. Pls pls la go away, far far away <- cam lagu kanak kanak kan?

Wednesday, January 19, 2011

Katakan Tidak!

Tajuk adalah seperti kempen anti merokok, tapi aku adalah sesekali tidak akan berkempen kerana aku adalah perokok tegar dan bukan senang nak berhenti sewenang wenangnya. Kali ini aku ingin mengwar warkan pada korang korang ada few things yang aku paling paling paling tidak gemar dan kalau boleh tak tgk langsung. Benda benda ni smua akan mendatang kerengsaan <- ada ke ayat camtu? balon, janji korang faham maksud yang cuba disampai disini.




 1. Nenas atau pineapple, satu satunya buah yang paling paling aku tak suka. Rasa nya pelik, pastu rupanya tak cantik, tajam dan boleh melukakan jari yang mulus. Bila makan ada harapan lidah kau akan terasa seperti dicucuk cucuk. So apa apa yang berkaitan dengan nenas aku adalah menghindar kannya. Kalau makan tart nenas, sanggup aku korek dan buang jem nenas nya. Dan nenas juga tak elok utk peranakan, Farid, ko boleh beranak ke pun?! !@#$%%



2. Belon atau Balloon, korang jangan gelak ek, sbb aku mmg takut ngan belon. Bukan apa, kalau ianya melethop, bunyi yang dihasilkan ada seperti org menembak. Bising dan ada kemungkinan mengundang rasa kemelatahan yang melampau. So kalau ada pertandingan tiup belon, pasti aku takkan menyertainya, baik aku lari dalam guni atau bawak bola ping pong lam sudu.





3. Cicak umah atau nama omputih korang cari sendiri- Nak taip pun aku dah rasa geleman. Yer aku mmg geli tahap dewa dengan cicak. Inilah satu satunya makhluk yang selalu menyusahkan aku jika ke bilik air. Sanggup tunda waktu untuk bersiraman jika cicak yang bangang ini bertandang lalu pose mcm amber cia dalam jamban. Badannya yang lembik pastu ekor leh putus putus then dah putus pon boleh bergerak lagi eeuuiiiii geli oiiii.




4. Habuk- last but not least adalah habuk. Boleh membuatkan proses bersin berlarutan hingga mengeluarkan air mata seperti org kesedihan akibat kematian suami tercinta. Most of the habuk didalam rumah adalah dari sel sel kulit mati. tetiba rasa cam ular plak boleh salin salin kulit. Jika katil yang lama tak digunakan, aku akan bersiusah payah untuk membuat sesuatu lalu membuka jendela untuk menghalau habuk habuk ini.

Pesanan khas: Lepas ini aku buat list "orang yang aku benci" pula yer muhahaha

Tuesday, January 18, 2011

Death Bell 2: Bloody Camp yang tak berapa nak hantu


Ok, akhirnya aku decide utk tonton death bell 2: bloody camp. i have no idea why they put "2" dalam tajuk and maybe ini adalah kesinambungan or else. Dan dengan beraninya tonton criter ni tayangan pukul 12.15am, see aku berani la jugak bukan takut pun.

Berbalik pada cerita ini, ianya berkisarkan pasal seorang pelajar pompuan yang dibunuh, then ada sorang lagi ni aku tak pasti samada mereka ni adik beradik tiri ke atau kawan rapat ke apa (cerita dalam bahasa korea then sub tittle pun agak jahanam, what do u expect aku nak paham). Starting smua pun cam lawak lawak la, sbb ko tau la budak skola menengah. Then bila sampai satu malam tu, mereka mereka ini sudah bersemangat mau belajar sampai ke malam then smua pintu masuk telah dikunci dan enpon juga dirampas oleh pihak kastam. So makanya terperangkap beramai ramai kat dalam skola yang tak berapa nak indah tu. Then sorang demi sorang pon mati dibunuh. (senang gila aku trus mention mati kene bunuh)

Haa there was a hint yang like memberitahu sbenarnya criter ni bukan la cerita hantu, sbb one of the student (lelaki) mati kene bunuh dengan org naik motosikal, apa ko ingat ini ghost rider punya movie ke?! then rupanya hanya sekumpulan ni je la yang kene bunuh sbb mereka ni sudah membunuh awek yang memula tadi. Dan rupanya balak awek tu yang bunuh dan dia bukan hantu dan dia gila, masalah mental. Dia dituduh membunuh aweknya sendiri dan dipenjara, sementara itu akak dia bekerja sebagai guru sandaran *tetiba aku tingat kat iji. Akak dia la yang tolong utk memebalas dendam ke kumpulan yang bunuh bakal adik ipar dia yang tak kesampaian itu.

Dan the best part is, masa dah nak ending cerita ni minah yang kawan baik pada perempuan yang dibunuh itu (aku tak ingat nama dan akibatnya aku sendiri pening nak cerita kat korang), diikat oleh lelaki saiko dan di campak ke dalam swiming pool skolah berkenaan. Dan secara ajaib nya, hantu kawan dia datang dari dalam kolam itu tolong bukak kan rantai berkenaan. Propa sangatkan org korea, aku ingat org malaysia je kaki propa. Masa hantu tu muncul aku dah tak dapat tahan gelak, makanya berderai la hilai gelak ketawa aku disitu juga tanpa dapat di tahan tahan. Dah abis

Tujuan aku cerita dari mula sampai ending supaya korang tak tertipu yang cerita konon konon hantu tapi hantunya sipi sipi je. 

Pesanan tak berapa penting tapi nak tulis gak: Aku tak suka cerita hantu, kalau bebetul menakut takpe la juga, kalau takat takut suam suam kuku, pasti akan mengundang rasa kemencarutan di akhir jalan cerita. Sekian

Betik yang haibat!

*kedai ini tidak menjual betik mahupun anjen*


Lately ni aku adalah penggemar betik, sbelom ni kalau nampak betik pon aku pandang pun sipi sipi je. Tapi sejak kebelakangan ni, betik menjadi kegilaan remaja masa kini. aku di waktu makan tgh ari. Mungkin sbb buah lain adalah keras dan tak sesedap betik. Kalau amek epal mahupun honeydew juga jambu, mereka adalah keras dan tak sedap. Aku try makan ciku, terus sakit tekak @#$%$#@ damn u ciku. So i decide to have this wonderful betik, since kaler pun sangat menarik dan antara buah yang sangat ekonomi (bukan kes kedekut yer) dan yang penting ianya lembut dan mudah untuk ditelan.

Betik haibat kerana:-
1. Pucuk dan bunga betik sesuai untuk menurunkan darah tinggi
2. Jus buah betik sesuai untuk mereka yang diserang denggi dan malaria
3. Jus buah betik juga dapat menggadakan pengeluaran sel darah.
4. Masyarakat india percaya dengan memakan betik dapat menjarakkan anak. (tak mo anak susun paku rapat rapat)

Haa kan ada banyak benda menarik pasal betik. Maju lah betik untuk kesihatan bersama.

Pesanan ringkas: i love u betik like i love my ex haha

Saturday, January 15, 2011

Jogging, makan banyak dan menonton wayang

Pagi pagi sabtu aku sudah bangun mau jogging, hangkut smua bebudak ni mirul, tok mok, aiman juga shady pon ada. Makanya berlari la kami di Tasik Perdana sana. Tapi aku pasan la, skang ni kalau berlari badan aku ringan bak kapas, wtf kan. tapi betul sumpah mmg ringan. Dulu cam hazab gila nak lari, pastu lepas lari pasti rasa cam mengjahanam je badan. sakit kaki, sakit lengan, sakit gigi <- ko lari pakai gigi ke pon?!

Settle jogging, masa yang dituggu tunggu sudah tiba, trus tuju kedai mamak depan Bangsar Village then tanpa segan silu trus order roti canai dua beserta teh tarik besar. Ko mampu? hahaha Tu baru sikit, memula pasang niat nak makan beriyani ayam madu, lagi keji kan? tapi disebabkan kira pagi lagi, aku makan je la roti canai.

Dah abis makan, pegi cuci kete sterus nya pi isi minyak, pastu dengan pam tayar. Memula plan nak pam depan je, pastu dah alang alang trus je la pam blakang. Masa tgh pam tu baru aku pasan ada paku kat tayar, damn. So esok je la aku pi tampal. Kalau pancit tgh jalan padan muka kau.

Balik umah, mandi, tidur sekenyang kenyang nya (tidur like makan, kalau puas consider kenyang), pastu bangun main game then now here i am, tgh menaip dan nak kluar tgk wayang. Ermm tapi tak tau nak tgk criter apa. Takkan nak tgk Paranormal Actibiti 2 tu, kan criter hantu, mau terkencing terbuang air besar akibat ketakutan. *hebat kan taraf ketakutan aku.

So aku decide nak tgk Faster je la. walaupon cam tak best je criter tu.

Kalau best aku kasi review yer, kalau tak best, aku review gak tapi dengan penuh kata cacian la. Wish me luck.

Ps: Get over it la farikh

Wednesday, January 12, 2011

Gemok punya hal

*weird hair do* 


*muka sembab br bangun tido. pose dalam jamban*

See the photo above? pepoyo snap sendiri, and aku mmg jarang snap muka sendiri. Sila semat dalam dalam fikiran muka ini sbb with few month i'll be transform like kuman ku2 *insyaallah. Gila berani punya kenyataan. Tapi itu lah hakikat. Org lain sibuk loosing weight but aku being so busy gaining my weight. Pelik dan benar.

Dgn demam on and off, dgn makan tak teratur, tido apatah lagi. but no worries i reschedule everything back asap. Freaking out bila sampai rumah sbb penat jalan, damn sweat everywhere. Padan muka siapa suruh rajin jalan sangat. ok shut up

Ps: love my self now, dulu tak sangat love

Tuesday, January 11, 2011

Bergaduh anak menantu



Last friday dengan ajaib nya aku nak pi tonton wayang. Walhal aku kurang gemar nak menonton. Dengan rasa yang tak berapa sihat aku trus set ngan double A nak pegi menonton meet the parents: little focker. Tayangan pukul 7, sampai rumah trus grab kereta dan tak lupa grab double A (macam double A tu like a box of paper la kan) trus pegi mid. Seriously badan aku dah nak demam waktu, tapi gigih dan semangat yang tinggi nak juga wayang semahu mahunya.

Sebagaimana korang tau si gaylord focker (Greg focker) *mcm tehapa nama sebenar. Dia kan dah menikah ngan Pam (Pada siri yang lepas). now i start talking like dorang is my neighbour lak. so skarang episod mereka beranak pinak. Dan smua sedia maklum apak si Pam ni yakni si Jack ni slalu la mencurigai menantu nya. Cuma kali ni keadaan agak huru hara sebila anak kembar dorang terlibat dalam perbalahan in between anak menantu nih.

Tapi serious criter ni mmg klaka dan patut di tonton. dan semestinya ko kene la tonton dari yang dahulu kala punya cerita then tak de la terpinga pinga tgk yang latest edition lak. Apa yang aku taip pun aku pening nak baca nih. Ah tak pe janji korang paham. Truskan menaip. Adegan tak leh blah adalah bilamana si Greg cuba menyuntik adrenalin ke anu Jack. Gara gara si Jack sudah makan pil perangsang yang cuba di promot oleh Greg, then dah tak boleh mengendur. Owh god now it sound melucah. stop it.

Penampilan paling hot semestinya hot babe ever Jessica Alba. Sesiapa nak tgk dia pakai panties ngan coli je, wajib tgk cerita ni. Now getting lucah again. *sila marah director coz put that scene. Damn she hot

So  settle with that movies, its time to makan makan la. Tiket tayang beserta pakej makan makan korea di taja khas oleh double A, thanx so much double A, lebiu.

Ps: Cursing is good for ur health. Lets curse

Monday, January 10, 2011

Lunch yang hebat

*my lovely green curry chic*

Fews days back, me, maya and cik mok dah berjanji secara express untuk makan tengah hari bersama. Sekali petik terus ke Delicious, Bangsar Village. Semua angkara cik mok yang meracuni racun rumput pada kami bahawasanya makanan disitu terbaik. Jadi kami termakan dengan pujuk rayu cik mok (ok tu tipu) Dan cik mok mmg tak tipu kami. She's doing well bila sampai bab mengesyorkan hot spot untuk lunch or even dinner. Ganti Maria jalan jalan cari makan laaa.



*was taken from cik mok fon, we look freaking scare*


I had green curry chic and butterscotch shake *damn it was good, maya makan salmon in a pie *seriously aku tak tau apa nak sebutnya with die for choc, kinda ice choc, looks great tapi rasa kene tanya maya. And cik mok yang fikir like forever nak buat keputusan *macam pilih calon suami order spagetti, hah spagetti? haha and frosty lychee tea *sumpah tak sedap. (cik mok, kalau u dtg umah i, i buatkan frosty lychee yang lebih sedap utk u, pasti u tak menyesal) guna i , u <- ko nak mengurat cik mok?



*faces with all kerekness but kind and warm heart*




*Still tak puas hati dgn forsty lychee tea nya, try usha meja sebelah kut ada air yang lagi menarik*

Thanx to Maya coz drive us there and thanx to cik ok coz being a great scout for us, even aku pun org bangsar and never been to that Delicious. Mamak is alwayz the best, sorry Delicious.


Tertunggak

*see that knife? cake already been stab*
mengada pakai font pink

Damn it, n3 tertunggak, sedey. Aku hampir melupai gambar kek ni, sehingga bila aku belek all my pics back on my fon baru teringat kan bout this cake. Actually this cake came from my office. Pada hari kejadian yakni hari lahir aku sendiri, i take an emergency leave. Dah sakit nasib la. Knowing ofis aku yang senantiasa menyambut birthday kakitangannya, tidak terkecuali aku.

Jadi sekembali nya aku ke pejabat, kene la blow candle, gila malu haha being me yang dah tua ni. (wish dalam hati adalah rahsia bukan untuk tatapan umum) Pasti la malu celebrate birthday. but anyway thnx to all my kolik sbb sudi menyanyi lagu birthday and special thnx to Kak Sal and Kak Akmal for being a great boss.

Ps: Remind me of RED cake, hell no, hell yeahh

Kasih ibu membawa ke syurga

Dah sminggu lebih aku pergi kerja naik tren. Alasan, malas nak drive at the same time leh kuar peluh banyak banyak. *pinggang aku dah semakin melebar hari demi hari. thnx to muscle juice 2600*. Dan sepanjang aku naik tren, aku prasan ada sorang ah so ni ngan anaknya. anak ada sedikit kurang normal plus cacat penglihatan.

Perasaan sangat terharu melihatkan pengorbanan mak nya yang gigih menghantar anak nya ke skola saban hari. Kita yang normal dan berlenggang ke ofis ni pun ada kalanya malas tahap unta padang pasir nak ke ofis, apatah lagi nak hantar anak yang cacat penglihatan ke skola tanpa kenderaan sendiri. Korang bayang kan betapa besarnya pengorbanan ahso itu.

If u put me in the same shoe, aku tak berapa pasti how well i would be in that situation. Mungkin sehari dua aku dah putus asa. Dah menyerah then kesedihan sensorang memikirkan nasib badan. So selagi ibu kita ada, hargai lah mereka sebaik mungkin. Jangan sesekali tengking, jerit or what ever yang menyakitkan hati dorang. Kalau korang ada tersentap or else, korang bayang kan dari kecik dia bela korang, pasti ada korang sentap gak kan, tapi masa tu kenapa korang tak mo lari dari umah, hidup sendirian, keje cari duit sara hidup ke apa. Tak mampu kan? so dah besar panjang gini jika ada terguris atau apa. Cuba sebaik mungkin tenangkan diri.

I love u mama so much

Wednesday, January 5, 2011

Tak baik bazirkan peluh

Di suatu tgh hari yang tak berapa nak panas, mendung ala ala nak hujan tapi tak hujan dan tetap membahang. Epul ajak aku ke sogo waktu lunch, kata nya nak cari baju nak dijadikan hadiah. Di sebabkan aku dah makan awal, so layan je la. Memula plan nk tido je waktu lunch. Tapi bila bangun nanti tak produktif plak. So berjalan la kami dengan lenggang mak jah ke Sogo.
 
Usai abis membuat pembelian juga pembayaran, trus melangkah balik. Seperti biasa teknik lenggang mak jah digunakan semula bagi mengelakkan pengeluaran peluh yang berlebihan. Rugi air dalam badan. Seraya sampai kat area kupang, epul katanya mau makan. Cari seat, pastu aku trus la duduk. Sekali ada la sorang hamba Allah ni datang mau menumpangi meja kami. Rupa nya kawan epul. 

Nak dijadikan bahan, aku slalu la mengkritik si makhluk tuhan tak berapa nak seksi ni. Tapi bila duk semeja rasa cam klaka maupun kepelikkan. Rasa nak gelak guling guling tapi tak jadi sbb aku masih lagi mengekalkan adab sopan masyarakat timur. So pengajaran ayat nya, lain kali nak mengkritik kene kritik lite lite, sbb bila ditakdirkan satu hari kau kene duduk smeja dengan individu yang menjadi mangsa kritikkan ko, pasti ko akan terpinga pinga. Tambah kritikkan kau sebelum ini berbaur kelucuan. Lucu la sangat kan.

MoS: Dont be so naive


Monday, January 3, 2011

Welcome 2011

*seperti mempunyai kaki yang cacat*



*My fav shirt and weird poses?!*


Selamat Datang 2011, smoga tahun ini akan lebih bagus dari tahun lepas. Bagus? yup its was like a nightmare last year, but alhamdullilah i get thru it. Azam? Smua azam baru bila tahun baru. mine was succeed 40% only but no worries, cuba yang terbaik untuk tahun ni.

1.1.11, spent my half day dekat sunway lagoon, thnx for the complimentary ticket that bought us there. Org adalah ramai dan cuaca ada panas menerik. Tak naik mana mana rides pon and juga tak mandi manda. just jalan dalam zoo (Sunway Wildlife) and menikmati hari pertama di tahun yang baru.

Last time dah sampai depan pintu tiket, tapi tak jadi masuk sbb harga tiket tidak munasabah. So Double A sudah bg tiket free, makanya jangan dilepaskan peluang yang ada. 

Fakta: Aku takut pada ketinggian, dan soo not into that roller coaster dan se-spesis dengannya. *Jangan gelak.

Ps: buy a new note pad, as usual. : )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis