Wednesday, March 2, 2011

Segmen Mari Menonton: The Mechanic yang kill kill die die



Ok at the very begining aku mmg teruja nak tgk cerita nih. So pada malam senin aku pi tgk kat klcc, tayangan pukul 8.10mlm. Tapi kan aku rasa org dah tak berminat menonton kat klcc kut, sbb nya beberapa ciput je yang pegi menonton, kaunter tiket lengang, tak de org.

Ok back to the story, menggunakan tajuk yang sama, cerita ini pernah ke layar perak untuk kali pertama pada tahun 1972, so yang 2011 ini adalah remake. Filem arahan simon west ini mengisahkan Athur Bishop (Jason Statham) yang bertugas sebagai mekanik, tapi lam cerita ini mekanik bermaksud pembunuh upahan yer. Plot memula dia ditugaskan membunuh tokei dadah kat columbia. Dia bunuh tokei tu dalam kolam renang yakni masa mamat tu tgh berenang. 

Athur ni terima job tu dari kawannya nama Henry yang berkerusi roda. Seterusnya si Authur menerima job untuk membunuh Henry plak. Adoi satu masalah plak. Camna ko nak bunuh kawan baik ko kan. So Authur pun set kekonon konco2 Dean (yakni org yang mengupah utk bunuh Henry) akan datang membunuh si Henry. Authur lead Henry yang berkerusi roda tu ke basement supaya dia boleh bunuh Henry kat situ. Henry kata dia rela mati kat tangan kawan baik dia berbanding mati di tangan Dean yang keparat itu. Maka Authur pun tembak je Henry (dengan pistol kesayangan Henry).

Lepas Henry di kebumi, Muncul plak anak si Henry yak ni Steve (Ben Foster), mamat ni sangat la bermasalah, dia berjanji akan mencari pembunuh apaknya. Memandangkan si Authur ni rasa bersalah kekonon nya sudah mengambil Steve sebagai apprentice nya (ini bukan cerita Donald Trump yer). Tugasan pertama Steve adalah utk membunuh seorang mekanik dari agen lain. Mamat ni besau godang. First thing dia kene buat adalah, adopt chihuahua, pegi satu kedai kopi (kedai kopi yang mekanik tu slalu pegi) then pose pose je kat kedai tu. Smua itu adalah kerana mekanik itu sangat tertarik dengan chihuahua dan juga young boys. Diulangi young boys (ni bukan kesalahan menaip). 

Setelah termakan umpan, mamat tu pun heret Steve kerumah nya. Tapi steve sudah tak mau dengar cakap Authur sbb sudah dipesan never get into that mamat cars. Steve berjaya gak membunuh mamat tu, tapi azabnya sangat la ganas, kene baling, lempar ke dinding kaca la apa la. Next juga ada tugasan yang di lakukan bersama Autur. Semua tugasan ni Dean yang bagi.




Pada suatu petang yang indah, Steve sudah terjumpa pistol kesayangan apaknya di rumah Authur. Ini bermakna Authur lah pembunuh apaknya. Tapi niat nak balas dendam tu di ketepikan dulu sbb dorang mau pi bunuh Dean yang jahat itu. Selepas Dean sudah dapat dibunuh, masa untuk Steve plak membunuh Authur. Gila kan cerita ni, smua main bunuh bunuh je. Kesinambungan cerita ni korang kene tgk la. Tapi ending cam ko dah boleh espek apa yang terjadi pun. So ko tak de la cam terkejut sangat.


Bagi aku, kalau korang ada peluang ke panggung, korang tgk je la cerita lain selain cerita ni. Sbb aku rasa cerita ni cam layak ditonton dalam bentuk dvd saja. Jalan cerita cam normal je, kisah pembunuh upahan yang keriru dan serba salah. 

Pesan farid yang tak pernah keriru: Sucker punch akan di tayangan pada March, wajib tonton.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis