Monday, June 13, 2011

Kemaruk Makcik Dolly membawa padah

Arakian tersebut kisah seorang suri rumah sepenuh masa bernama Makcik Dolly. Kerja beliau sehari harian adalah mengurus kan rumah tangga beliau selain menguruskan seorang suami yang bernama Pak Rustam dan setengah dozen orang anak laki lakinya.

Bekerja la sekeras nya si Makcik Dolly seperti suri rumah yang lain. Membasuh, melipat kain, mengumpat dengan kawan kawan, membuat sarapan, memasak makan tengah juga makan malam. Puas lah hati Pak Rustam mengahwini Makcik Dolly. Berbaloi baloi katanya.

Pada suatu petang Jumaat. Setelah kerja rumah selesai diuruskan, Makcik Dolly memasang niat meluangkan masa mahu lepak lepak dengan rakan rakan suri rumah nya yang lain. Di betulkan kain batik nya, disanggulkan rambut rapi rapi supaya tidak dilaukkan oleh rakan rakannya. Susun langkah kemas kemas menuju ke pangkin di tepi simpang rumahnya.

Dari jauh kelihatan Makcik Romnah, Makcik Khalijah dan Makcik Kasmah sedang rancak berbual. Seraya tiba di pangkin itu, Makcik Dolly membuka kata kata aluan"apa topik kita cover petang ni?", sepantas halilintar makcik khalijah menjawab "kau tau semalam si Tom mintak cerai dengan lakinya akibat tak tahan benar dengan laki nya yang kaki dangdut itu?'. Menggeleng kepala makcik Dolly menandakan, tidak tahu menahu tentang perkara itu dan juga dahsyat sungguh laki si Tom.

Sambil membetulkan ikatan kain batiknya, makcik Romnah membuka topik baru. "Semalam aku tanya anak dara aku, apa yang best sangat pasal fesbuk tu?, sini sana orang memperkatakan pasal fesbuk. Steven jual ikan ada fesbuk, Si Tony jual goreng pisang hujung kampung ada fesbuk, Ahmad Danish ketua kampung ada fesbuk, senang nak terima aduan penduduk kampung katanya, pendek kata seluruh kampung ada fesbuk".

Makcik Khalijah, Kasmah dan Dolly ternganga nganga seperti menonton filem tamil babak pergaduhan, mendengar cerita makcik Romnah. Sambung lagi kehebatan fesbuk. "aku pun buat la akaun macam anak aku ajar, bagus la aku dapat juga cari kawan sekolah lama aku". Makcik Romnah juga mencadangkan makcik makcik dikampung itu ada fanpage sendiri supaya lebih mudah mereka berhubung tanpa mengadakan sebarang perjumpaan sekira hujan lebat. pum pang pum pang esok nak raya, fesbuk adalah medium perhubungan paling hebat alaf ini.

Makcik Dolly sudah senyum simpul. Terbayang muka ex boipren nya dibenak. "balik nanti, aku harus ada akaun fesbuk juga" getus makcik Dolly dalam hati. Resam anak muda zaman sekarang komputer riba upama sahabat karib. Didekati anak bujang nya yang sulung, di soal itu ini. Akhirnya dapat juga makcik Dolly membuka akaun baru dengan wajahnya bertudung merah sebagai profil.

Malam berikutnya setelah seluruh rumah lena diulit intan, makcik Dolly bangun seperti seorang pencuri. Di capainya komputer riba anak bujangnya. Di log in akaun fesbuknya. Tersenyum simpul makcik Dolly. Di ruangan search dimasukkan "Mohd Taib Razak", yang dulu pernah menjadi buah hatinya. Hubungan mereka terbantut gara gara ayah makcik Dolly tidak merestui hubungan mereka, kerana Mohd Taib Razak bukan lah kakitangan gomen seperti Pak Rustam.

Setelah berjumpa dengan profil yang dicari, makcik tekan butang "add friend". Mulutnya tersimpul senyuman sedari awal tadi. Di tutupnya komputer riba anaknya, dan pulang ke katil, sambil memeluk bantal sambil makcik Dolly tersenyum simpul berterusan.

Bermulalah episod hitam makcik Dolly tanpa beliau sedari. Saban hari dia mula berchatting dengan Mohd Taib Razak tanpa mengira waktu. Baju menimbun tidak berbasuh, sinki sudah rupa restoren ditimbuni pinggan mangkuk dua hari lepas. Keadaan luar rumah tidak ubah seperti rumah tinggal yang berpuaka, daun kering bertaburan, kalau terbakar mau merebak rentung dengan rumahnya sekali. Pokok bunga hampir menyembah bumi, semua ini gara gara penangan Mohd Taib Razak dan kuasa fesbuk.

Suatu malam setelah menyedari isteri nya seperti dipaku punggung di depan komputer riba, Pak Rustam menegur isterinya yang sedang leka asyik masyuk berchatting dengan Mohd Taib Razak. Dengan sambil lewa makcik Dolly menjawab "Abang nak makan, meggi ada dalam rak tu" Pak Rustam menggeleng kepala tiga kali. Anak anak menjerit mencari stoking sekolah, makcik Dolly menjawab "cari dalam bakul baju kotor tu" seraya mencebik anaknya membawa maksud tidak berbasuh lagi.

Beberapa minggu kemudian, Pak Rustam sudah nekad membawa anak anak beliau pulang ke kampung untuk memberi pengajaran yang berguna pada makcik Dolly yang kemaruk benar dengan fesbuk. "Doll, abang nak balik kampung dengan bebudak ni", makcik Dolly menjawab "ye la" tanpa menunjuk sebarang tindak balas positif.

Beberapa jam berlalu baru makcik Dolly perasan yang rumahnya sunyi sepi. Di tolehnya kiri kanan, tiada siapa. Hatinya mula gundah gulana. Baru kini dia sedar suaminya sudah melarikan diri dari rumah. Tinggallah makcik Dolly dan Mohd Taib Razak didalam fesbuk itu. Pak Rustam sempat meninggalkan nota  yang dilekatkan di peti sejuk yang masih dibayar secara ansuran itu.

"Lu bersegama lah dengan fesbuk tu"

Meraung makcik Dolly.

Pesanan farid: Masih tidak faham? taip ON BENGAP dan hantar ke 8898

4 comments:

TiNiE said...

hoi hoi...takderla campai centu sekali kot...
hahahaha ko karang sendiri ke citer ni???
syabbasss!!!

farikh said...

Hasil kerja tangan sendiri, cerita teladan untuk dikongsi bersama

Mama Melissa said...

HAHAHAHA. Lawak lah pulak...!!!! Boleh jadikan pengajaran, kot2 nnt lupa darata asyik dok melayan FB jer kan.. hehehe

http://www.thefininfinity.com/

farikh said...

Yup benar tu huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis