Wednesday, August 3, 2011

Hari yang begitu harmoni

Pagi pagi lagi gua bangun bersiap hendak pergi kerja. Disebabkan bulan ramadhan pakcik jual paper di ofis tutup, gua kena cari paper di luar kawasan bekerja.

Rumah gua ada 3 cawangan 7eleven berdekatan. Cawangan pertama bawah rumah gua sahaja. Jam menunjukkan 630am, gua masuk 7E tu, bersepah sepah barangan. Gua nampak seorang perempuan tengah kemas kemas. "kak paper dah ada tak?" tanya gua.

Dengan nada malas malas "yang ada tu je" sambil bibir dijuihkan pada paper straits times. Gua pun malas nak balas, tanpa ucapan terima kasih, gua terus berlalu keluar.

Masuk cawangan kedua, seorang budak laki laki menjaga kaunter. Gua terus tuju bahagian bahan bacaan, gua capai harian metro, the star dan majalah top gear edisi ogos. Gopoh gapah gua ke kaunter, dengan harapan tidak kelewatan ke ofis.

"Nak pergi kerja ke bang?" tanya dia sambil menekan harga di mesin kira harga paper itu.
"yup" jawab gua ringkas
"keje kat mana?" tanya budak ini lagi
"dekat area sini sini je" jawab gua sambil tarik duit keluar dari dompet
"dah lama abang keje situ?"
"baru semalam, dik, gua rasa lu elok keje kat balai polis kut" jawab gua lagi senyum sambil capai paper dan majalah tersebut lalu berambus dari situ.

Sampai di pondok pengawal pula "enchik.... baru masuk kerja?" tanya pegawai keselamatan. Gua hanya senyum senyum kelat.

Tak pernah pernah pegawai keselamatan tanya gua begitu, tapi ini hari boleh tanya pula.
Gua cepat cepat keluarkan telefon bimbit, berfungsi sebagai cermin gua belek muka dan rambut gua, manalah tahu ada yang tidak kena. Semua ok sahaja.

Gua jalan jalan upama perebet berkawad, sampai dilobi tekan lif, ada seorang kakak pula. Gua tidak mengenali beliau. "erm kamu jabatan mana yer? sebab akak rasa macam kamu di block c kan?"
Gua jawab "Dah tukar jabatan kak sedari februari tahun lepas" sambil senyum takut takut.

Farid kata: Semua beramah mesra. Gua naik hairan, tapi gua ok je.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis