Tuesday, August 9, 2011

On the 6 (ini bukan tajuk album jlo)


*Ikhwan tidur tipu tipu, uncle long gemok*

Hujung hujung minggu adalah masa yang terbaik untuk merehatkan dan melonggarkan sendi urat saraf. Minggu tersebut adalah istimewa kerana adik gua bawa kami semua berbuka puasa di tempat kerja beliau. Ibam tak dapat nak ikut karna demam teruk. Tinggal lah di rumah dengan ditemani sup ayam dan juga nasi ayam.


*Makanan banyak, tapi gua makan nasik sepiggan sahaja*
Adik gua sedang berpraktikal di apa apa nama golf resort entah. Golf resort tersebut juga menyediakan berbuka buka secara buffet. Untuk pengetahuan lu orang, gua bukan pesen pesen gemar makan buffet, kerna pasti rugi, gua makan sikit sahaja. 

Ada berbagai bagai menu disediakan, bahkan ada juga kakak cun bersimpuh goreng cekodok. Kalau gua  yang bertugas menggoreng cekodok sambil bersimpuh dibulan ramadhan, maunya gua terbalik kan semua periuk kuali lepas tu gua makan semua cekodok tu. Panas depan minyak, panas juga dalam hati. 



Malam minggu, adik gua sudah petik hendak pergi jalan jalan di Melaka. Yer melaka dan rumah gua bukan dalam jarak yang dekat takat dua tiga minit boleh sampai. Jauh sangat, tapi kalau nak kereta, dekat tuanku. Pada ketika ini, kaki gua sakit, sebenarnya kaki gua sudah mengalami kesakitan sejak awal Ramadhan lagi. Ok lu orang tak payah nak fikir, apa kaitannya berpuasa dan sakit kaki gua.


*Ini bukan adegan makan beradab*

Gua, adik prempuan gua yang nan satu berserta boipren beliau berjalan jalan di Tesco Melaka Raya. Banyak sangat bazaar larut malam yang menjual persiapan hari raya. Lu orang dah beli baju raya? kasut raya? tudung raya? Sangat kobar kobar kan.

Gua cam biasa tak seghairah zaman remaja dulu dulu, sekarang lebih santai santai. Dan walhalnya raya tahun ini tidak ghairah lagi kerna gua memfokus aktiviti selepas raya nanti. Jadi raya atau tidak, gua ok ja.

Ok berbalik pada jalan cerita asal. Gua pingin bangat deh mau makan Double GCB, gua phewit sama Kimi yang pemandu yang bertugas malam itu, terus pegi Mekdi Dataran Pahlawan, Tapau tapau apa apa yang patut, dan lepak di sepanjang sungai melaka. Gua baru perasan ada hotel yang indah dibina bertentangan dengan Melaka Cruise. Casa Del Rio, its a boutique hotel.

Ok dah itu sahaja aktiviti hujung minggu gua.

Farid kata: Sekarang musim demam, lu orang jagalah kesihatan masing masing ya.

2 comments:

sW33tdARLiNG said...

dah dapat makan QCB baru nampak ada bangunan erkk... gambar QCB tak amik?

farikh said...

tak sempat amek aku dah telan kak, dah la mintak double tapi dapat single plak. adoiyai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis