Monday, January 16, 2012

Ber-Chiling di hujung minggu

*Tujuan amek gambar peta bukan lah suka suki sahaja, ini kerana jikalau tersesat jalan, boleh lah rujuk pada peta berkenaan*

Masih tak sudah sudah dengan aktiviti luar. Pada ahad yang lepas, Ini kali gua, kemal dan nok ke Chiling Waterfall di Kuala Kubu Baru. Ok sedikit info berkenaan tempat kejadian, jika lu orang mahu ke sana, first thing lu orang harus lah menuju ke Kuala Kubu Baru, then folow the signboard ke Fraser Hill. Then jalan je terus lilke mahu menuju ke Fraser Hill, selepas sahaja sebuah jambatan besi dan bukanlah jambatan tamparuli, korang boleh park disisi jambatan itu, dan prosid jalan terus ke hadapan sedikit, then pintu gerbang kelah santuari itu di belah kanan lu orang, phew panjang oi nak cerita. Gua tak sarankan memakir di sisi jalan kerana ada harapan kereta lu orang baka disodok oleh kenderaan lain pula.

*Pintu masuknya bebetul di tepi jalanan, jadi kalau tak nampak gak, mmg lah lu orang ada masalah penglihatan atau pun nyanyuk*

Bayaran masuk dikenakan RM1 satu kepala, pastu kalau lu orang nak beli makanan ikan pun buleh utk di beri pada kelah kelah yang semanjang kelaparan. Perjalanan mengambil masa 45 menit barulah sampai ke air terjun yang hebat.

*ketakutan sebenarnya sbb jambatan itu goyang inul*

Tapi harus diingat, bukan sewenang wenang nya lu orang akan sampai ke air terjun maha hebat itu, lu orang harus merentas lima sungai, yang tahap kedalamannya berdasarkan cuaca sebelum itu, kalau hujan sebelum nya, masak lah nak merentas. Tapi alhamdulillah kami berjaya merentasnya.

*trend terkini amek gambar, yakni mengangkat bahu*

*pose tegak macamlah nak menyanyi lagu negaraku*

*Becak becak, dan berair, awas jangan sampai tergelincik pula*
Track untuk berjalan nya penuh air, becak, jadi gua nasihatkan pada yang mahu melakukan aktiviti ini, harus lah memakai kasut yang sesuai, jangan lah pakai selipar, ada kemungkinan lu orang akan pulang berkaki ayam, kut terhanyut ke apa.

*Air terjun dua tingkat dan diserikan dengan sebijik gua di tengah tengah*
Setelah berminit minit, merentas sungai dan sungai, maka tibalah di air terjun yang amazing. kami semua like "WHOAAA!!!" bunyi kagum. Ada la beberapa kumpulan yang sudah tiba disitu, dan ada yang dah tgh mandi manda bagai.

*melantak biskut dengan roti like macam tak makan seminggu*

Kami tidak lah bermandi manda, kerana membayangkan kesejukkan yang bakal membeku kan segala otak dan urat, makanya pose pose disitu menghayati keindahan alam sahaja. Tapi memang kagum. Setahun parents gua tinggal di Fraser Hill, selama itu tak pernah gua terfikir ada tempat yang begitu indah disitu. Sadis.

*kat sungai ni orang bagi makan pada ikan kelah, yang gua sibuk buang pasir dalam kasut, apa gua kesah*

*tak mandi pun, duduk di tepian sahaja sudah mengigil tahan angin yang kesejukkan*

*ikan kelah yang jinak, kemal bersama makanan ikan yang berbau tahik ayam. Nok pula gigih memegang makanan tu sedari pintu masuk lagi*

Pengunjung berkesempatan untuk memberi makan kepada kelah kelah ini. Dan harus jangan sesekali cuba menangkap atau memancing ikan ikan ni, mau kene denda berpuluh ribu lalu akan dipenjara kan. Tak berbaloi kene penjara dek kerana seekor ikan. Jadi sama sama lah kita memelihara flora dan fauna disitu.

*membetulkan hidung yang senget*

*sian nok, dalam demam demam, beliau tetap bertugas sebagai guide dengan cemerlang, syabas bok*

*keringkan apa apa yang patut*

*Bermandi mandian sambil berangan jadi ikan kelah*

*memberi penerangan tentang sebab gua pakai baju dan seluar kaler terang*

 Sesudah merentas balik, kami mengambil keputusan untuk mandi manda sahaja lah kat depan pintu masuk itu, kebetulan ada toilet dan sebagainya. Jadi nya senang lah untuk menukar pakaian dan segalanya.

*Seluar merah yang baru di beli hari sebelumnya*

*Sian ko bok, siap berdengkur tidur bagai*

Dalam perjalanan pulang, sepetak suara sudah dicapai untuk singgah di Empangan Selangor, saujana sungguh mata memandang. Kagum segalanya lah.

*Kemal tengah berangan, nak bikin pejabat di tepian empangan katanya*

*Relung hati*


 Balik dari empangan pula kami singgah ke pekan Kuala Kubu untuk makan tengahari lalu melanjutkan perjalanan pulang ke pangkal jalan.

Overall memang lah penat, tapi sangat berbaloi baloi, pada yang gemar aktiviti luar, gua sarankan untuk mencuba tracking di Santuari Ikan Kelah Sungai Chiling. Good Luck!

Farid kata: Tracking sudah, next is water rafting pula. Insyaallah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis