Thursday, February 9, 2012

Jantungku di Kinabalu part 2

*Feel gila makan tepi air*

Sudah masuk hari keesokkan harinya, Sarapan pagi disediakan, amek port tepi siming pul, feeling bebenar. Sarapan buffet, so makan saja selagi muat masuk perut. Gua amek campur aduk, mananya western, mananya nasik lemak, smua gara gara malas mau bangun banyak kali. dan akhiri dengan cereal semangkuk penuh. Akmal seperti biasa makan juga like never ending punya breakfast.


*Hasil tangkapan dari dalam kereta yang bergerak*

OK pada permulaannya gua agak keberatan mau pergi ke Kinabalu Park, ye kau, 2 jam memandu dari KK melalui Tamparuli terus ke Ranau, mana maunya. Tapi setelah membayangkan kata kata rezal dan akmal, mana mau taruk muka jikalau rakan rakan bertanya kan "eh lu tak pergi Kaki gunung ka masa di Sabah?" malu oh sungguh malu. Lalu gua gagahkan hati memandu ke sana, enjoy jua perjalanan itu, walaupun berkona kona seperti mau mendaki Cameron Highland dan lori berderet deret.


*gua rasa cam ada bayang suar bunga si kemal kat cermin tu, ishk*
*Buat buat muka serius sambil mulut cam jungkit satu macam, buruk*

Setelah dua jam lebh berhempas pulas memulas memandu akhirnya tiba jua, ada bayaran masuk di kenakan, tapi gua dah lupa berapa hinggit. Lalu gua berjumpa sama lokasi penggambaran Hatiku di kinabalu *dik shrek kamu misti suka*, dan gua amatlah yakin disitulah adegan akhir dimana Qistina meminta dia dilepas kan oleh suaminya yang kacak lagi bergaya. Yakin deh lo.

*Post kat depan je sbb gua tak kuasa nak berjalan masuk dalam hutan*


*Bak kata akmal, ini bukti penting yang menunjukkan kehadiran di Kinabalu park diperakui*



*Macam tak pernah kut tgk Cadburry fingers ni*

Pulang dari Kinabalu park itu lalu berpandukan peta di tangan dan kecekapan Akmal membaca peta ke 1 Borneo lah kita. Mau mencari sesuap nasik, tak agak agak mau makan kat shopping mall, ini kerana dalam shopping mall adalah sejuk dingin berbanding diluar yang suhu panas berdengkang. Macam gurun gobi. Ke Kenny Rojes yang dituju.
*dua ketul peha, macam seciput je gua makan, saya takut buncit*
Sesampai sahaja di hotel, gua telan ubat untuk sekian kalinya, lalu tidur bagi melegakan selsema yang cam lahanat benar tak berhenti dan kesakitan kepala yang neno neno dari pagi. 

Farid kata: Asal melancong pasti sakit, bila duduk rumah elok pula sihat. haish mengarut sungguh

2 comments:

mama-syira said...

So skrg akak lah yg malu tu sebab pegi Sabah tak pegi gunung? huwaaaaaaaaa

farikh said...

tak pe, ada round lain lagi kan, masa tuh make sure pi kak kihkih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis