Tuesday, April 3, 2012

Dubu Dubu Seoul Food Midvalley




Masa weekend yang lepas gua ada belek belek paper lalu terbaca tentang Dubu Dubu Seoul Food. Sejenis restoren yang menyajikan makanan korea dan sudah semestinya bukan makanan jawa mahupun makanan filipina. Jadi usai waktu kerja, gua gegas ke sana yakni ke Midvalley. Letaknya di ground floor, se aras dengan pizza hut dan sebagainya. Sebelum sampai ke kedai ini, kepala sudah set mau makan bibimbap, so tak perlu pusing pusing pikir mau makan apa.

Rupa paras bibimbap mengikut ilusi menu


Disediakan juga cara cara membaham bibimbap, hanya tambah sos cili yang disediakan, lalu gaul gaul mengikut rasa sehingga hati puas, lalu makan.



Ini air aloe vera ke hapa ntah, petua semasa mencuba makanan baru, jangan sesekali memesan air bersusu. Kerana ada kemungkinan muntah terbelahak.


Peach tea ais yang nyaman, tapi tawar sikit


Rupa paras sbenarnya Bibimbap itu, di datang bersama sup, bayam, kimchi juga lobak putih kut. Tapi dalam bibimbap itu sudah ada kimchi juga, sayuran dan daging juga teloq.


Yang ini apa ntah nama hidangan nya, sudah lupa, ada daging yang di bakar dan dibawah daging tersebut bertimbun timbun bawang supaya daging tadi berasa manis, kut la. didatangkan ngan nasik dan side dish sama ngan bibimbap tadi.


Selepas di gaul campur, camni la rupa parasnya. Gua mmg tak kuat pedas, segala mukus kat hidung smua abis meleleh kuar, tapi makanannya memang sedap *ikut tekak aku la.

Farid kata: Pada penggemar makanan korea boleh try, harga ok, keselesaan pun ok juga.

Published with Blogger-droid v2.0.2

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis