Monday, October 1, 2012

Tak perlu pegi Afrika untuk ke Safari


Last weekend gua ke Animal Safari Afamosa. Ini adalah kali ketiga kesana. Tapi ini adalah kali pertama kemal kesini. Sib baik orang adalah tidak meramai, hanya bebudak skola je yang meramaikan majlis. Cuaca juga agak redup redup rendang pokok,jadi adalah sesuai untuk jalan kaki di tempat terbuka.


Nama pun safari, jadi di penuhi dengan hewan hewan sahaja. Tapi hewan nya tak de la semeriah di zoo sana. Part yang paling penting adalah menaiki lori trak bersangkar dan melalui kandang minatang. Feeling afrika dowh. Dan as usual trak ini mmg akan membuat diri anda melambung mail lambung. Jadi pada yang peknen, jangan la naik, ada kemungkinan anda akan terberanak tak cukup bulan. 

*Seolah olah menunjal kepala kuda poni, im sori kuda poni saya tak bermaksud begitu, saya takut anda gigit tangan saya sahaja*
*Bergaya abis didepan rumah mak ayam*
Di dalam ini juga ada rumah ayam, tapi bukan rumah ayam macam kat chow kit sana. Ini rumah menempatkan segala spesis ayam. Dari gemuk ke kurus, dari yang cantik dan paling warok. Arnab pon ada dalam ini. Eh gua lupa pula cerita ek, masa kat pintu masuk tu, anda akan di paksa bergambar bersama red indian, dan gua duduk je la lalu di pakai head gear yang bulu bulu tu like red indian la konon, kemal berdiri pegang kapak, dan ada tiga org staf kat situ dress like red indian sebagai watak tempelan. Pastu gua jalan depan sikit, ada brader ngan awek tgh pegang burung lak, kemal dah jalan laju ke depan, malangnya gua terperangkap di disitu, brader tu slamba je letak burung di bahu dan awek tu letak burung di lengan gua. Pehal nya korang ni?! then dorang snap, nanti dah nak kluar gambar korang akan di pamerkan disitu kalau nak beli ok, tak beli pon tak kisah dorang tak sentap punya, tapi kemal beli gambar yang dengan red indian tu smata nak gelakkan gua, chis bedebah. *Jangan harap gua nak letak gambar tu kat sini, sbb nnt lu orang laukkan gua jugak sama ngan kemal, huh

*ada pertunjukkan burung burungan*


*itu la spek superdry yang gua beli online, cheh*
*Ini lah rupa trak askar yang membawa kami ke medan perang*

*Kain buruk bergerak*


*Kesian kambin tak cukup makan*

*Rasa macam kat kampung, angsa bagai pun ada*




*macam iklan kuda poni plak*
*Ini tanduk ke gading?*
*Kalau di lihat secara live, rimau ni mmg bapak punya besar*

*Dimalam hari ada pertunjukkan bunga api live dari balkoni bilik, hebak dak?*

Ok dah tu je rentetan jalan jalan di Animal safari, gua pilih gambar secara rawak, kalau nak sumbat semua mau meletop server blogger ni. Ok bai

Farid kata: dua minggu lagi nak daki gunung, hoyehhhh

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis