Friday, December 28, 2012

Desaru 5: Amaricano kawen malaysiano

*Sarapan yang tidak pasti konsep yang dibawakan*

Malam kat Desaru amat mengerikan, bukan sbb hantu ke apa, tapi sebab tengah tengah malam sedang elok nyenyak bagai nak gila tido ni, tiba tiba di kejutkan dengan bunyi guruh yang kuatnya tak terperi, upama tak terjangkau pemikiran manusia normal lah. Gua adalah ketakutan, kemal kata macam bunyi meriam, sangatlah tanpa motip main meriam bukan di musim hari raya. 

Pabila gua tanya sama adik ngan tokmok, haram kot dorang dengar. Walaupun masing masing tidur pukul 3 pagi katanya. Ke korang ni sudah dipekak kan oleh hantu kat situ? Serius memang menakutkan.



*Kusyuk makan bubur*

Pastu dah cuci muka, berus gigi dan tanpa bermandi (jujur sungguh jalan penceritaan ini) marilah kita bersarapan di tepian pantai. Orang adalah ramai sperti malam pesta muda mudi, tapi jangan merisau kerana tempat duduk adalah berlambak. Sarapan nya upama melepas kan batuk di tepi tangga bas rapid kl sahaja. Ok la dari tak de lalu kebuluran di pagi hari. Sila bersyukur dengan rezeki dipagi tersebut.

*Satu perkara mereka ini akan fokus adalah di hadapan makanan*

*Pengulas sukan cari bahan dalam paper*

*tok mok lupa setkan rambut adik, dah rupa pompuan hilang laki*

*yer itu adalah kami dari kejauhan gigih mendaki bukit demi sahaja menaiki gelongsor air yang hebat itu*

Gua ada twit yang tak mungkin gua akan bermandian disitu tapi disebabkan godaan gelongsor itu gua tewas akhirnya. Ya ketiga tiga ketul kecuali adik telah terjerumus ke lembah gelongsor itu. Balik dari permandian itu basuh rambut sebersih mungkin kerana gua tgk dalam kolam tu ada rumput, ada roti, ada biskut, apa ini ingat kolam ikan ke?!

*ini adalah gambar sendiri yer bukan di google*

*Yer itu adalah kami juga*
Dah memuaskan nafsu mandi manda, balik bilik, kemas baju laju laju, keringkan rambut, pastu terus cek out. *tetiba cerita entri ni cam ekspress. Proses cek out juga adalah ekspress.

*bersedia menyanyikan lagu negaraku*
*Kemal menyerahkan kunci kereta bomba di belakang itu kepada pemenang*


Farid kata: menyiapkan tujuh entri sambil dengar lagu Spring feeling dalam karaoke

Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis