Monday, December 31, 2012

Desaru 6: Menyinggah di restoren Singgah Selalu yang jauh di Danga sana



Lepas mengcek outkan diri dari Lotus Desaru itu, Kemal sudah petik ke Danga Bay lah pulak. Set set GPS pastu trus jalan. Babai Desaru, welcome Danga. Jalan adalah lebih kurang sejam lebih melalui beberapa kawasan felda bagai. Dan lepas kawasan felda itu keadaan jalan adalah teruk ya amat, berlobang disana sini sudahnya.




Elok je dah sampai Danga, adik kata pi makan kat singgah slalu. Disebabkan itu adalah hari bekerja, makanya orang ramai adalah tidak menyesak disitu. Sbb kalau weekend ia adalah sesak. Kedai ini adalah luas, banyak seat seat dan meja. Oh lokasi nya adalah bebetul seberang jalan dari Danga Bay. So kalau lu orang pi sana, mesti nampak punya sbb sbelah jalan besau, kalau tak nampak gak, sila pakai kanta pembesar.



Menu makanannya adalah banyak dan harga bit pricy tapi dalam lingkungan kemampuan la juga. Gua memesan nasi doreng singgah selalu, mungkin nama bersempena kedai tersebut la kot, rasa adalah ok ok dan kurang faham sbb ada longan di tengah tengah itu. Gua ada letak gambo lam fb, kata kak amy, longan tu kasik sejuk nasik grg tersebut?! ye la kot ek. 



Settle makan, pusing pantai seround, pastu terus zas ke destinasi sterusnya pula, ok sambung lagi..

Farikh kata: Gua adalah menghadapi masalah permakanan bilamana asal makan nasi gigi pasti kesakitan meraung raung. Adakah dengan hanya memakan cis burger setiap hari akan membuatkan gua seperti mat saleh?
Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis