Monday, December 10, 2012

Memberi ikan ikanan makan di kala hujan di waktu petang hari pada hujung mingu.

*Dik, tangan ko cam mencacat bengkok nya*

Kisahnya smalam, akibat dari ketiadaan aktiviti di waktu petang pada hujung minggu, adik memberikan cadangan supaya beramai ramai ke tasik di seremban 2 lalu memberi ikan makan. Walaupun hujan dan jalan adalah sesak disana sini, tapi smangat untuk memberi ikan makan tidak pernah luntur walau sedikit pun. 

Tasik ini letaknya berdekatan jusco seremban 2, Jikalau lu orang sampai di tapak parkir nya, adalah ramai orang menjual roti luput tarikh, bukan untuk dibuat minum petang mahupun sarapan pagi, tapi hanyalah untuk di beri pada ikan ikanan disitu.

Ada berbagai bagai jenis ikan di dalam kolam yang luas itu sperti ikan kaloi mak ilai ilai, kap komunis jepun, Arowana gergasi, kekura tua muda dan keli negro afrika. Yer ikan ikan ini smua adalah bersaiz hampir gergasi dan pelahap juga. Disamping itu kemal ada membungkus goreng pisang, cekodok dan macam macam lagi sebagai bekalan. Ok dah tu je.

Gambar ikan tidak disertakan kerana gua takut fon gua jatuh didalam air ia disebabkan gua pegang sebelah tangan pegang fon, sbelah tangan pegang goreng pisang. Harap maklum.

Farid kata: Kalau ada kolam sebesar ini di rumah, gua pelilhara dolfin, boring boring boleh renang sama dolfin sambil buat pertunjukkan. Hebat ke tidak?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis