Thursday, January 3, 2013

Berdondang sayang sempena tahun baru

*gambar adalah gegar gara gara kosi urut tu la*

Tgk tajuk mesti lu orang ingat gua buat konsert dondang sayang sempena tahun baru kan? ok gua tipu. Ok ini adalah entri bersempena cuti tahun baru. Perancangan awal adalah ke KLIA seawal 10am kemal sudah mai kutip gua di rumah. Pastu set GPS kerana ikut USJ ke KLIA. Yer jalan adalah berputar putar abg halim barulah sampai ke KLIA itu. And guess what, gua dapat menyaksikan MAS A380 berlepas. Sebelum ini dapat tgk ia parking statik sahaja. Ok hati adalah hepi sekejap. Yang buat kan tak hepi adalah, gua membawa kamera, tapi untuk sekian kalinya bateri abis. Cis bedebah. Pas dah puas duduk kat anjung tinjau, ke kerusi urutlah lah pula, demi sahaja mengurut la takkan memancing pula. 

*Ciken cornish upama seekor dinasor*

Dari KLIA kemal ajak pi putrajaya pula, dan tanpa motif yang jelas, ke putrajaya lah kita yo. Terus tuju je Dataran Putrajaya dan lalu ke Secret Recipe makan ciken cornish bersama latte ice. Dah kenyang jenjalan la di tepian tasik itu sesambil fikir mau bikin apa. dan ternampak lah cruise tasik ini. Ok untuk pengunjung ada dua pilihan, sama ada menaiki cruise yakni sejenis bot besar berkaca atau pun menaiki perahu yang cancik di namakan perahu dondang sayang. Cruise itu dikenakan bayaran rm30 seorang manakala perahu itu adalah rm20 seorang, both harga adalah untuk pemegang mykad. Dan duration kedua dua adalah berbeza, meaning tempoh perjalanan adalah berbeza. Pada yang ke Putrajaya gua sarankan naik perahu ini kerana ia sangat santai dan rileks sahaja.

*Cenonit je kopi kemal*

*Tiket upama menaiki syarikat penerbangan*

*Itulah perahu dondang dindang sayang*

*gagal bab pengcahayaan*



*Kasut yang dibeli di Johor Premium Outlet tempoh hari*

*Bahagian depan perahu yang diukir ukir*

*Ada lubang kecik bawah mesjid, perasan tak?*





Dari Tasik itu kita ke Taman Botanikal sambil melawat Istana Moroco ini. Gua adalah kagum dengan ukiran pada pintu dan juga beberapa bahagian bangunan ini. Dan terdapat laluan air di merata rata tempat di dalam tempat ini. Ok kagum untuk kali kedua. Pastu dah nak hujan, terus lari lari masuk kete dan ke Mahbub. Ok mahbub ngan putrajaya adalah jauh yer saudara saudari sekalian. Lepak lepak minum dan ronda ronda dalam Bangsar Village dan tetiba kemal ajak pi the curve plak. Demi sahaja membeli baju bajan for the next trip. Gua tanpa berlengah zass dan bersetuju sahaja. 


*apa motifnya longkang di tengah tengah pintu?*



*Extra long leg*

ok dah itu je cerita separuh hari sempena tahun baru. ohh i have no life 

farid kata: nak berhapday sahaja

1 comment:

amo said...

nice shoes

i'm following by gfc would you like to follow eachother

miblogbyamo.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis