Monday, July 29, 2013

Jalan yang jammed jahanam ditambah dengan pemandu yang crazy pig

Ok bebulan posa ni tak de la nak cerita banyak, takut terbedosa pula lalu terbatal pula puasa gua ini sbb kebatanyakkan entri mesti ada carutan dan makian. Jadi kita update mana mana yang perlu dulu. Last weekend, kemal sudah ajak kami ni ramai ramai pi Mlaka nak membeli belah disana. Kenapa melaka? sbb konon konon melaka tak sesak macam kelumpo. So lepas je selesai berbuka terus zass zuss siap siap.


Memula jalan dari pd ok je lagi la, takde espek apa apa yang memudaratkan. skali bila dah sampai klebang, wah jammed cam tehapa. Panjang gilos ni. Sib baik la dah makan tadi, so rasa nak mencarut tu cam kurang sikit la. But still marah marah jugak. Pastu terus la ke Melaka Sentral. Haaa amek kau jammed dari jauh lagi. Pun tak boleh blah, terus je la ke Dataran Pahlawan. Walaupun dah berbelas kali ke sini, tapi ku gagahi jua. 


Pastu stret je ke Mekdi disinun. Orang adalah melaut juga. Tapi as usual gigih la beratur. Dan gua juga antara penyebab Q jadik panjang menjela. Tapi bukan salah gua sangat pun, salah budak pompuan yang siapkan pesanan tu la. Yang tukang amek order paham je bila gua sebut "samurai burger plain". Tapi minah ini tak berapa nak paham. Jadi adalah memakan masa apabila dia mula merujuk ke sana sini memastikan bagaimanalah keadaan samurai burger plain itu. Banyak lagi ko perlu belajar dik, dunia ko baru bermula *sumbat kepala dalam lubang najis

Pastu jalan jalan terus pi naik atas padang lalu berlepakkan disana. Makan makan, pastu borak borak, skali dah rasa nak balik dah sbb dah tgh malam. Takut la kan kang bertukar jadik buruk. sindirela sangat. Ok pastu jalan depan dataran pahlawan ni selebar empat lane, so mmg agak jauh nak melintas kan. Pastu gua tekan je la button lintasan tu, bila dah hijau gambar pejalan kaki tu, maka kami melintas, senang hati ni melintas sambil strike dua tiga pos. Ada 24 saat nak ke seberang, bila dah hampiri lane yang terakhir, wah satu waja ni mai dengan laju pastu break emergency, nak langgar gua. Kemal nyuruk belah kiri gua dengan harapan kalau kene langgar, gua melambung dulu dia tak melambung la, adik ngan shila sempat kebelakang. Haiyo pakatan apakah ini?! semua sempat mengelak, gua sorang je tak ngelak, tapi mulut dah seranah apek tu dua tiga bakul within few second. ujung ujung apek tu angkat tangan je dan dia sbenar nya tgh pegang belek enpon?! (*^&*(%*^&^ berasap hoi. Ko kenapa apek?! kete ko buruk tu nak langgar orang?! kot kalau bentley ke sedap la sikit nak langgar orang. Haa kan ni la pasal malas nak update blog bulan posa, mesti ada makian jua di akhir cerita. Pastu dah tak kosa nak pikir banyak terus la kami kami ini pulang, dan untuk sekian kalinya sangkut lagi kat klebang! *&*()&^*(%&^ carutan bagi penutup cerita. ok bye

Farid kata: Kalau dah emergency sangat nak belek enpon tu, pi la benti tepi jalan. Tak payah nak langgar sondol orang smua. Gua melintas kat tepik lite kot, bukan merata je main tibai lintas. Bingong punya apek.

Wednesday, July 24, 2013

Kisahnya awal ramadan


Ikhwan adalah sangat suka makan strawberry, walaupun gua rasa masam satu macam, dia okay je makan. Good ikhwan, nowadays bebudak dah tak suka buah dan esp sayur. Apa nak jadi dengan generasi akan datang yang bakal kekuranan gizi. Gizi kataku.


ni masa pi pasar ramadhan (pos pos beli kuih akok), haa kalau bawak ikhwan ke sini dia tak banyak cerita sbb kat pasar ramadhan tak jual mainan, aman skejap dunia. Masa ni pi ngan adik ngan kemal. Pastu pi mekdi drive thru tapau ikhwan punya naget, tapi mamat yang jaga kaunter pandang serong, hallo bang, kalau gua yang makan, tak main la naget naget ni yer, gua makan samurai burger ye. cis dan malam tu ikhwan demam, patut la behave je sepanjang petang. 

Amni adalah suka pada makanan, cuba bagi dia makan, dia punya lompat lompat serupa paklong dapat nintendo 3ds xl. Eh nanti gua update story pasal nintendo 3ds xl tu yer. 



Itu hari lunch saja ronda sogo ngan nok gemok, pastu nmpk sharpie gold, silver ni, terus beli, yer gua dalam cobaan mengkomplitkan segala kaler yang ada. Dan ianya murah. 


Oh ini kali pertama untuk ramadhan kali ini, gua berbuka di luar. Masa ni menunggu nak pi amek nintendo tu la, so buka la dulu. Kemal adalah belanja. Sbb apa nandos? sbb kemal suka benar ngan nandos. gua? erm boleh la, nama pun orang banjer, tak kisah punya. pstttt koslo dia tak sedap yer, dah la cam pemalas motong kobis kasar kasar. ok bye

Farid kata: Trust nobody, peace out

Tuesday, July 23, 2013

Recap

Ingatkan dah abisi cerita kelantan, rerupanya ada saki baki gambar, jadi kita kasik sumbat je la ini dalam.
gambar gambar berikut di petik berkata dari kamera zerul:


Muka gua adalah sembab seperti bangun tidur, tapi percayalah tu muka letih bukan muka terlebih tidur


see tak nampak cam tak mandi kan? yang penting diri kene yakin bergambar kat tgh tgh jalan orang lalu lalang


Tgh berkira kira nak order kebab apa, smua dalam gambar nampak sedap benar. kalau boleh nak order smua yang ada dalam menu, anakonda sangat


Masih lagi dalam mode tak bermandian, sampai ke tengah ari kauu. Tgh tunggu lunch ini ya. nampak tak mamat baju hitam kat blakang tu? haa ada orang gila datang duduk kat meja dia ngan awek dia, terus cam terpisat pisat kau tak tau nak buat apa, tahniah orang gila, kamu dah mencegah kemungkaran. motip tahniahkan orang gila?!



Muka dah tak sabar nak makan, nok gemok masih lagi sibuk nak snap gambar makanan, tapi dia bukan blogger pun. tgh menaip ni pun terasa rasa di tekak.


Nok gemok ngan kemal kat blakang sibuk bedal satar, yer satar yang manis dan banyak naw kelapa. Tak baik meniaga tipu tipu tau bro naik moto jual sata, patut bukan isi ikan ke yang banyak dari isi kelapa? kami adalah grup biru.


Mau berak pun kene beratur ka?


Dah la ramli, aku nak pegi mandi 


ok selipar tu adalah mahal ya, semahal rege kat kl, so letak balik, matik la berkira nak membeli barang. 



tak tau apa kah motipnya bergambar depan signboard tu, tapi yang penting payit manjola ada dua tona, pinggang ke atas coklat cair, pinggang ke bawah dark belgium coklat. Belgium kata kauuu


Gelap gulita, tapi niat mengambil gambar tak pernah luntur walaupun di cuci dengan klorok
macam bergambar depan umah hantu plak hai


Macam macam ada kat pasar siti khadijah ni, hebat kan? sarat barat hingga jalan pejalan kaki jadi lorong tikus. eh sluar tu dibeli di Uniqlo dengan diskaun sebanyak 50%, baguih duk ada.


Ikin tgh menerangkan kehebatan serunding kampung laut, sedap la kot ek, tapi gua sendiri tak pernah merasa. nak beli masa tu pun beg dah berat, so pandang je la.

gua snap kemal , kemal snap gua, tu je la konsep yang diberikan


kumpulan power ranger, smua nampak cam gerga sangat


ikin cuba mencocok idung pakcik silat tu


eee awe duduk tepi longkang lol


kaki ku sperti spastik dan juga cam berlipat lipat, super power tu


slalu naik flight turun yang terakhir, ini kali kemal suh cepat cepat turun plak, sudah nya stuck beratur cam gini la, nanessss

Farid kata: kita nak pegi cameron highland untuk kali yang keberapa belas ntah

Wednesday, July 17, 2013

Worldess Wednesday 38



Farid kata: Cermin kan iman di dada sendiri dahulu

KUL- KBR 11 : Kilang minyak Che Mah, Masjid yang dipukul dan goodbye my friend



Ok ini adalah entri yang terakhir untuk cerita kelantan ini. Wahhh paling panjang dalam sejarah ni. 11 entri untuk tiga hari punya cerita. Camna la kalau pi seoul nanti duk seminggu, mau lima emtri ku bikin. Ok ok back to the story. Yang benar benar nya gua aa sumbat satu gambar tentang makanan yakni masa mau nunggu awe, kami adalah bermakan makan di suatu kedai sedap, tapi ntah mana pegi gambar tu. 

*beria kemal membaca, nok gemok plak tak abis abis dengan selfie nya*

So lepas bertemuan ngan awe, yer beliau adalah melambat yo. Tunggu dia makan lalu kami pun ke kilang Minyak mestika. Yer awe ada kene mengene ngan minyak ni. Bila dah sampai kilangnya, tak dapat lah masuk pula kerana penyelia kilang nya tiada la pula. Jadi pos pos kat luar ni yer la. Masa ni hujan dah mula merintik. Ikin sempat lah membeli belah minyak disini. Gua? yer yer beg dah kepenuhan, mana maunya nak sumbat minyak lah bagai.

*Menandatangani buku pelawat katanya*

*Ini adalah gambar yang disnap sendiri tau, bukan di google ke hapa*

Usai lawatan di kilang tersebut, bergerak lah kami ke umah awe pula, yer umahnya tiada siapa siapa, sbb mak nya menemani apaknya di hospital pula. So dari umah awe singgah plak di Masjid Kampung Laut, ini adalah antara masjid tertua, menurut kisahnya, kedudukan asal masjid ini bukan la di tempat sekarang, dulu kala orang memikul nya untuk memindah kan nya. Wah camkan pikul guni beras saja. Tapi yer semangat orang kampung dahulu kala amat padu jika dibanding kan ngan masyarakat skarang, kut kalau lu kata nak pikul masjid mau kene gelak tak pun penduduk kampung suh je la bina masjid baru. 

*Bermuka hepi sbb dapat pulang?*

Dari masjid kampung laut, terus je la ke airport, tu pun awe nak ajak pi singgah makan laksam la bagai, jangan bikin gilo yo, kang tak memasal tinggal flight plak. So terus ke airport sahaja lah. Selesai urusan cek ini bagai, terus je la ke KFC, ini ada cerita di KFC, wahh bikin naik hantu ni. Ada la dua pompuan duk bratur depan gua ngan kemal. Pastu apa yang bikin naik hantu nya pompuan ni order ayam tiga ketul, rasa dinner plate la kot, tapi dia punya peleceh, nak tukar ayam bahagian ayam empat kali, lu dah kenapa?! macam kan beli tiga puluh ketul, yer gua adalah melapar tika itu ditambah pula ngan perangai dua ekor pompuan ni. Ok dah settle ngan kerenah dia dok tukar tukar ayam, tetiba kawan yang beratur seiring sejalan ngan pompuan ni pun order plak, eh bukan ko bratur skali, ko order je la skali harung, fuuuuuuu mmg neyarip tika itu. Sampai kat meja gua carutkan jua sbb tak menahan, walaupun pompuan pompuan tu duduk belakang gua je ngan sorang laki, fedulik hapa. Dah abis makan, sesambil mokok, sesambil mengucap jutaan terima kasih pada awe kerana sudi menyewakan kereta nya dan bersusah payah menolong kami spanjang kami disana dan selamat tinggal padanya. Macam ucapan retis yang pegi melancong, chewah.

*Muka hepi jiuga walaupun rasa penatnya tuhan saja yang tahu*

*zerul ngan ikin duduk baraisan hadapan kami sahaja*


Oh flight adalah penuh dan tiada sebarang penundaan penerbangan, bagus syabas. So sampai di KLIA lebih kurang 10 lebih, berlari lari upama Amazing Race, ok tipu, jalan je tapi jalan laju laju terus ke ERL beli tiket dan terus lah ke KL, oh lupa, tadi sbelum tu babai sama ikin ngan zerul kat tempat mengambil bagasi, mereka cek in bagasi manakala kami tidak lah mengcek in, maka kami adalah pantas. 






Dah sudahnya gambar ni tersesat kat bahagian bawah plak, oh kedai ini menjual pelbagai jenis kuih tradisional. Awe benti kat sini sbb katanya kuih akok adalah paling enak di alam semesta. ok tu je.

Makanya selesailah pengembaraan kami ke Kelantan sana, rumusan dari aktiviti perlancongan ini, erm gua sarankan mana mana yang belum pernah sampai ke Kelantann, molek lah berkunjung ke negeri cik siti wan kembang ini, banyak tempat boleh dilawati juga dishoppingkan. Jadi selamat melancong! Bye!

Farid kata: bagi lepaskan raya ni dulu, pastu baru pikio nak pi mana.

Tuesday, July 16, 2013

KUL - KBR 10 : Muzium Islam


*Kemal pasti yang pertama masuk dulu*

Dari Bank Kerapu, haa sbelah je ada Muzium Islam. Ada bayaran juga untuk masuk. Jalan kaki je la, jangan ngada ngada nak naik kete. Sedikit sejarah berkenaan bangunan muzium ini: 

Sejarah Bangunan
Bangunan yang terletak di Jalan Sultan, Kota Bharu adalah bekas pejabat lama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Bangunan ini adalah salah sebuah bangunan yang mempunyai ciri-ciri rekabentuk yang unik di bandar Kota Bharu. Kerja-kerja ubahsuai bangunan ini telah dimulakan sejak awal tahun 1991 dan telah siap sepenulmya menjelang perasmian bangunan tersebut pada 11 November 1991 dengan menelan belanja RM218,000.00. Bangunan yang diubahsuai ini memuatkan Muzium Islam, Perpustakaan Islam dan asrama pelajar-pelajar Maahad Tahfiz al-Quran. 
Bangunan ini asalnya adalah rumah kediaman bekas Menteri Besar Kelantan, iaitu Encik Hassan bin Mohd Salleh (1900-1920). la dibina pada tahun 1902 dan berasaskan gaya dan ciri-ciri bangunan rumah Melayu Kelantan - Pattani model penghujung abad ke-1-9 dan awal abad ke-20. 
Bangunan ini diperbuat daripada kayu cengal terpilih dan atapnya pula menggunakan bata buatan Singgora yang terkenal lebar, tebal dan kukuh. Berbagai-bagai jenis ukiran menghiasi setiap pintu, tingkap dan ruang. Pada setengah tempat pula ukiran-ukiran ini memagar ayat-ayat suci al-Quran yang digubah dalam satu seni reka dan khat yang cantik dan menarik. Daun tingkapnya pula dibuat sedemikian rupa (sisik angin) untuk mendapatkan udara walaupun tingkap' nya tertutup. 

so layan la gambar gambar dibawah yo


*ceh poyonya muka ko bok*


*Terkagum kagum melihat kan ukiran mesir kuno di dulang ni*






*Pasu yang dijumpai dalam kapal karam*


*Batu bersurat katanya, tapi ni yang replika saja*


Segala info tentang kemasukkan islam dan sedikit info berkenaan latar belakang Negeri Kelantan boleh di dapati disini. Dan as usual pada yang minat bonar pada sejarah boleh la kesini, pada yang minat shopping pi awakaf tok guru sana.


*Koleksi lembing lembingan*


Farid kata: Bila la nak abis ni cerita kelantan ni hoi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis