Tuesday, July 16, 2013

KUL - KBR 10 : Muzium Islam


*Kemal pasti yang pertama masuk dulu*

Dari Bank Kerapu, haa sbelah je ada Muzium Islam. Ada bayaran juga untuk masuk. Jalan kaki je la, jangan ngada ngada nak naik kete. Sedikit sejarah berkenaan bangunan muzium ini: 

Sejarah Bangunan
Bangunan yang terletak di Jalan Sultan, Kota Bharu adalah bekas pejabat lama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Bangunan ini adalah salah sebuah bangunan yang mempunyai ciri-ciri rekabentuk yang unik di bandar Kota Bharu. Kerja-kerja ubahsuai bangunan ini telah dimulakan sejak awal tahun 1991 dan telah siap sepenulmya menjelang perasmian bangunan tersebut pada 11 November 1991 dengan menelan belanja RM218,000.00. Bangunan yang diubahsuai ini memuatkan Muzium Islam, Perpustakaan Islam dan asrama pelajar-pelajar Maahad Tahfiz al-Quran. 
Bangunan ini asalnya adalah rumah kediaman bekas Menteri Besar Kelantan, iaitu Encik Hassan bin Mohd Salleh (1900-1920). la dibina pada tahun 1902 dan berasaskan gaya dan ciri-ciri bangunan rumah Melayu Kelantan - Pattani model penghujung abad ke-1-9 dan awal abad ke-20. 
Bangunan ini diperbuat daripada kayu cengal terpilih dan atapnya pula menggunakan bata buatan Singgora yang terkenal lebar, tebal dan kukuh. Berbagai-bagai jenis ukiran menghiasi setiap pintu, tingkap dan ruang. Pada setengah tempat pula ukiran-ukiran ini memagar ayat-ayat suci al-Quran yang digubah dalam satu seni reka dan khat yang cantik dan menarik. Daun tingkapnya pula dibuat sedemikian rupa (sisik angin) untuk mendapatkan udara walaupun tingkap' nya tertutup. 

so layan la gambar gambar dibawah yo


*ceh poyonya muka ko bok*


*Terkagum kagum melihat kan ukiran mesir kuno di dulang ni*






*Pasu yang dijumpai dalam kapal karam*


*Batu bersurat katanya, tapi ni yang replika saja*


Segala info tentang kemasukkan islam dan sedikit info berkenaan latar belakang Negeri Kelantan boleh di dapati disini. Dan as usual pada yang minat bonar pada sejarah boleh la kesini, pada yang minat shopping pi awakaf tok guru sana.


*Koleksi lembing lembingan*


Farid kata: Bila la nak abis ni cerita kelantan ni hoi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis