Monday, September 9, 2013

Ch 2- Lavender katanyaaaaa

*Ni bukan gambar makanan di open haus yer, sbb makan dalam pinggan polister*

Ok nak sambung cerita pasal pi Cameron yo. Bangun pagi kul 9am, mandi mandi, siap sedia nak jalan jalan. Destinasi pertama mesti la sarapan pagi. Untuk lebih memudahkan perjalanan, makan je kat food court Brincang. Kat situ ada banyak gerai, tapi pagi bukak dua kedai je. 

Sepatutnya jalan penceritaan adalah ke Time Tunnel dulu tapi disebabkan farid nyanyuk suka suka dia pi upload gambar lain plak. Terimalah natijahnya cerita tak ikot turutan, ala cincai je la ek, bukan ada audit ke apa pon, korang baca je apa gua taip yo.



*Ni bunga lavender ke? tapi kenapa tak de bau pun?*

Hari sebelumnya, masa nak mendaki cameron ini, kami ni sudah tersangkut kat kat lavender ke apa ntah namanya ni, sangkut bukan bererti turun singgah jalan jalan amek gambar ye. Ni sangkut sbb jammed cam tehapa. Kat sini ramai orang singgah, jadi parking melata, di tambah plak ada sekawan lori lori besar duk bantai benti tgh jalan punggah barang, hamboihhhh cik lori sorang je ke bayar cukai jalan nampak gayanya.

*kat belah tepi tu adalah deretan bunga kaler pink, tapi tak pi amek pon, mana maunya nak daki daki segala semata nak bergambar ngan bunga je pon*

So dah alang alang port depan tu, gua ngan kemal cam berangan berangan nak pi sini. Ater tak keruan jadinya tgk lautan lavender yang cantek cantek itu. Eh gua bukan mat bunga, tapi suka menikmati keindahan ciptaan tuhan. Dikenakan bayaran yer nak masuk, bukan pree pree je nak pos dalam ini, sorang dewasa rm5 jo. Pastu bergambar la puas puas, yang penting keliling lautan bunga ni dah di pagar, jadi jangan berangan nak baring baring kat tengah tengah tu. 



Dan cam biasa la kan, kat celah mana je cameron ni tak de orang menjual, kecoli kat gunung Irau nun. Ada kedai menjual fris magnet, jem jem dan barangan dari lavender. Walaupun gua rasa barangan lavender tu cam mahai ja. Oh masa kemal nak pi membayar fris magnet tu, cashier nya adalah bangla yer, di ulangi bangla. Dia adalah terkial kial tak reti guna mesin duit tu plus walaupun ko tgh bertugas, wah feeling isap okok. Kalau gua jadi tokei situ dah lama gua simbah dia ngan baja taik ayam. Dan menunggu dia configure mcm mana nak gunakan mesin tu adalah sesuatu yang menyaripkan kan. Sangat sarip jadinya.

*pilih pilih ada magnet, ada keychain*

Lepas jalan pos pos cantek dan menghadap bangla tu, singgah kat tepi tepi tu ada jual strawberi coklat, dan ianya tak sedap. Ada skali gua makan kat kea farm, selepas celup strawberi dalam coklat, lalu celup plak dalam air yang berisi ais, baru coklat tu keras dan rangup. Rangup kata ku. Tp nya kat sini jual coklat meleleh leleh, sikit cam tehapa la. Tapi ku tibai jua jebat. Oh masa dah nak sampai kat kete, gua suh kemal amek gambar gua kat air pancut depan tu, skali ada makcik terselit, ek eleh. Dan lebih best nya hujung hujung pakcik tu suh kemal tolong snapkan gambar dia laki bini plak, gua cabut lari pegi kete dulu.

Ok dah settle tu, sambung laie jalan..

Farid kata: tetiba nak dengki ngan adik gua nak pi perhentian, nak pi jugakkkkkk!!!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis