Tuesday, December 31, 2013

KUL - KCH 3: Sarawak Cultural Village yang luas gila dan memenat berjalan kaki

*Cam kehapa berdiri tegak je *

Lepas sarapan pagi, maka set set GPS kita ke Sarawak Cultural Village la. Yer ia nya mmg jauh, 45min driving dari kuchen. Cuaca ada kelam kelam cintamu di saat aku merinduimu, mendung macam nak hujan camtu la. Tiket masuk dalam ini adalah rm60 tuk dewasa, kanak kanak plak tak pasti sbb gua tak bawak kanak kanak tika ituew.

*Brader ni serba boleh, smua tarian dia jogetkan*

So bila korang nak pi sana, kene pandai la bajet taim, sbb ada persembahan dari berbagai kaum kat sarawak tu. So show ni kene la masuk untuk membaloikan bayaran tiket yang mahai ituew. Pastu pas dah abis show segala ni, boleh la korang berjalan jalan di sekitar kawasan Cultural Vil ini.

*cam bilik jaman p ramlee pon ada juga*

Ada macam macam jenis umah juga, yang tinggi yang rendah yang gelap yang terang, smua ada. Ada few umah di mana ada juga staf dan kakitangan ini tempat memasak dan menjual kuih muih tradisional, knowing gua ngan kemal yang lapar je manjang, tiap kali nampak orang jual kuih, terus beli. Tapi serious dong kuih kapit nya sedap, boleh di beli dalam umah melayu.




Disebabkan cuaca adalah mendung, makanya best je nak jalan jalan, cuma cam kawasan nya luas kemahin, gua pilih pilih gak umah yang nak dimasuk, agak agak yang cam creepy je, tak mo masuk, tak pun yang ada tangga yang tinggi tinggi, kim salam je la kat tuan umah yer. Yerr kauuuu tangganya bukan jenis tangga biasa biasa tu, ni jenis tangga kayu balak yang ditakek takek, nak naik senang la, nak turun, cam rasa nak menjunam makan tanah.



 *Kene pikir dulu nak manjat ke tidak, kang dah panjat, penyesalan tiada gunanya lagi*




Itulah sahaja perjalanan ke Sarawak Cultural Village ini, pada sesiapa yang pertama kali sampai ke Tanah meow ini, sila lah berkunjung ke sini. Sbb lepas dah kesitu mesti korang tak mai lagi dah. Tapi tak pe la, atlis bila kengkawan tanya dah pi ke, dengan vangga leh jawab balik kan. Ok dah tu je, sambung lagik

Farid kata: Nak potong rambut botak

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis