Monday, January 20, 2014

Jalan jalan tgk minatang pastu naik boat pula


*Cam tak semenggah je amek gamba mulut nganga camtu*

Haaa sempena cuti bekrembar kembar itu hari, kami kami ni smua ke zoo melaka. Cam sikit keji la, cerita dah lama, baru terkial nak update. Sapa kami kami ini? dan mengapa plak sibuk naw nak ke zoo melaka? meh gue kasik jawab sini, kami kami itu adalah, gue, kemal, adik, kimi, jalina, ikhwan ngan amni. Sbb apa nak zoo melaka? sbb ikhwan sibuk bebenar nak tgk gajah panjat pokok. Korang mampu gajah panjat pokok?! paklong yang ramping ni pun belum tentu lepas panjat pokok, apatah lagik gajah itu. Sedey la ko ni paklong.

*Masing masing siap duduk sbb memberi laluan pada ikhwan menonton gajah sepuas puas nya*

Kami bepergian dua kereta. So Tolaknya dah petang, sampai juga cam sipi sipi nak tutup zoo ni, cuaca adalah redup tatkala itu, jadi cam kita enjoy je la jalan jalan. Sbelum mula jalan kene mentekedarah dulu, ater tak makan tgh ari lagik. Pastu baru la mula pusing satu zoo, ni adalah kali keberapa dah gue ke sini, jadik takde la teruja sangat. so so je la. 


*masih lagik menonton gajah*


*Besar rumah muka memasing*


*Ikhwan bermuka hampa sbb takde pun gajah panjat pokok katanya*

Pastu dah penat jalan, pi makan asam pedas plak, yer tak amek gambo pon, ajer pokus nak makan je. Pastu terus ke tempat naik melaka cruise tu. Orang tak meramai disitu. Kemal ngan kimi tak pernah naik melaka cruise ni. Walaupun yang beratur nya tak meramai tapi botnya tatap la penuh. Harga tiket dewasa rm5.

*wah wah memula naik elok je bertepuk tangan, tak sampai sploh menit, terus amokkan nak turun nak jalan jalan dalam bot, amboi amboi jatuh menjunam lam sungai kang sapa nak pi berenang amni oi, paklong tak reti berenang #alamakkantoi*


*Muka kesemua ahli rombongan cik kiah yang teruja menaiki cruise itu*


*melaka dah ada hard rock besau yer, dulu kecik je*

Jadinya itu lah konklusi nya membawa ikhwan ke zoo melaka bagi menyaksikan gajah manjat pokok yang tidak kesampaian, gue pun tak pasti kat mana lah dia mendapatkan fakta gajah mampu memanjat pokok. Pada korang korang yang ada anak kekecik tu, sesuai la bawak jenjalan melaka ni, banyak tempat buleh pi. Tapi harus diingatkan, kalau cuti umum, sila persiapkan mental dan fizikal kerana kesesakkan terlampaunya berlaku di tengah tengah kota ini. Oh one more thing, ibam tak de dalam rombongan sbb dia bertugasan di Kota Kinabalu sana.

Farid kata: Mulai hari ini paklong kan berusaha keras belajar camna nak manjat pokok. Dah la pokok pon tak pandai nak dipanjat, berenang pon paklong tak reti, u so lame la paklong. 

2 comments:

emak. bukan penari tiang said...

Life of paklong

farikh said...

terpaksa paklong naik perahu ngan rimau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis