Thursday, February 26, 2015

LGK kali ke berapa ntah: 4

Hah sambung lagik cerita langkawi, lepas dari jeti tu, gue menyuarakan hasrat ak pi Langkawi wildlife park, gamaknya gue kan pecinta hewan hewan. Masa trip yang lepas, gue saja tak pi sini, so trip kali ni nak sangat la pegi. So kita pegi. Letaknya kat mana? err tak tau nak cakap. tgk je GPS nanti. Harga masuk pun tak hengat tapi usah khuatir, boleh rujuk sini >> Langkawi Wildlifepark

So sila nikmati gambarajah pengunjung bersama hewan hewan yang disediakan:

*Wahai bondaku, bondaku si ikan kaloi, timbullah bonda oiii (walaupun kolam ikan koi)*

*Ada ayam ke burung ntah yang berbagai bagai warna*

*Operator masih bertugas walaupun tgh bercoti*

*Nak menunjukkan betapa besarnya ulaq tu, sila bezakan ngan kepala adik*

*gamaknya makan lembu sekor tetiap hari kot boleh besaq camni*

*Pintu masuk ke dalam sangkar burung, tetiba tingat Shireen Sungkar*

*Boleh bagi makan burung nuri yang kelahap lapaq*




*Ada tempat arnab yang boleh di peluk peluk lalu bergambar*

*Bersepah sepah arnabnya, tgk tu bawah kosi, bawah meja pon ada. Apa ke rupa arnab yang dipegang cam musang?*

*tertonggeng tonggeng nak amek arnab*

*Dah cuci tangan moh sambung jalan*

So pada korang korang yang tak pernah pi sini, sila lah ke sini, cam ok la berbaloi jua la, walaupun tak banyak hewan hewan. Eh boya pon ada sini tapi gue tak sempat snap sbb tgh sibuk makan eskrem. ok dah bye

farid kata: Konsep kehidupan gue skarang senang, tak payah nak susah hati memikir benda yang remeh temeh. Fokus benda penting sahaja.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis