Monday, April 13, 2015

Sekali Harung punya hal

Dagh seminggu lebih tak update, skarang kasik cerita. Cerita mana mana yang ado gambo la ek, yang takde kalu, lupakan sahaja. 

*Feeling makan kat kedai*

Beberapa minggu yang lepas, adik smangat nak masak lamb chop pakai periuk ajaib katanya. So dia dah beli sesiap kambing nya yang siap merinet, pastu campak je lam kuali ajaib tu. Pastu tadaaaa dah jadi, kira cam berjaya dan sedap, so next taim buleh bikin lagik.

*Semua say "cendollllllllllllll"*

Ini cerita last week, pi Quill, dah lama tak luncheon ngan sopiah ngan kak tin, so keluar. Tak tau nak makan apakah, pastu makan je kat kedai cendol, kak tin membelanjain, tapi mahal cendol nya, tiga cendol, rojak buah, mee kari ngan laksa dah nak dekat rm50, sib baik kak tin kaya, aura aura tokey kedai kek dah mai. so sangat bernasib baik. Apa apa pun makasih kak tin sbb belanja dan makasih sopiah kerana memandu kami ke sana dan pulang dengan selamat.

*last time pi dah abis, tapi ini kali pegi ada, so grab je tanpa berlengah*

Weekend sterusnya, pepagi alam pi Ikea, yer pagi, kemal mai pikap gue kat bangsar seawal mungkin, makan bekpes, pastu terus pi ikea, sampai sana pun ikea tak bukak lagik. Kekdahnya nak cepat sbb pastu memasing nak balik kampung halaman. Cari apa? kemal carik lampu dinding ngan cermin toiletnya, gue beli lemari tecit ngan rasuk katil, bukan katil yang telah di rasuk, tapi tulang bahagian tgh katil ituew, last taim beli katil, tulang rasuk nya dah kehabisan, pastu baru ni ada masa nak pi beli, so beli. So dah settle smua nya terus zas zis zus pulang ke kampungan.

*Sampai kesudah mencari tray tu tak jumpa regenya, cis*


Dah settle pi ikea, sampai pd makan makan pastu adik dah ajak pi Tesco la plak, beli barangan meniaga nya piula. So zass la seround ke Sremban pula. Pastu pepusing kat luar nak cari pokok bunga tuk kuboq arwah mama, pastu terpandang la plak rumput tipu ni, pastu kemal tgh mencari rumput untuk di letakkan kat balkoni atas rumahnya, so suh la apek tu kira kira berapa. Pastu dah jumpa pokok yang diidamkan, suh dia pindahkan lam pasu pastu bayaq dan zas balik.

Sekian melaporkan.

Farid kata: Semua benda nak cerita kat FB, iolls tak faham la uolls ni camna.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis